Tip menjadi Chairman

tehran_city_council_chairman

Tip menjadi Chairman gaya ABS….

Tip ini khusus untuk sesi brainstorming:

+ Apabila partners ataupun staff sedang mengadakan sesi berfikir mencari idea kreatif, Chairman duduk sahaja mendengar semua idea yang dikemukakan.

+ Chairman jangan bercakap walaupun sepatah. Duduk diam sahaja, pasang telinga baik-baik.

+ Selepas semua partners selesai mengemukakan idea masing-masing, Chairman memilih idea yang paling baik, berdasarkan penilaiannya.

+ Chairman tidak menerangkan mengapa sesuatu idea itu ditolak. Jangan terangkan di mana kelemahan idea-idea yang ditolak.

+ Chairman tidak menerangkan mengapa sesuatu idea itu diterima. Berkenaan idea yang diterima itu pun Chairman tidak menerangkan di mana kelebihan idea itu.

+ Selepas memilih idea, Chairman terus memilih seorang yang diberikan tanggungjawab melaksanakan idea itu.

+ Chairman tidak menerangkan mengapa dia memilih orang itu bagi melaksanakan idea yang dipilih.

+ Orang yang dipilih itu tidak menolak, sebaliknya terus menerima arahan tersebut dan mengambil tindakan melaksanakannya.