Memasarkan produk dan servis kepada TRIBE kita.

seth_godin_wisdom_1

Dari ABS

Apa itu tribe-engagement…..

Dalam strategi TRIBE, kita memasarkan produk dan servis kita kepada TRIBE kita.

Ini bermakna kita perlu membanyakkan jumlah TRIBE kita.

Menurut Seth Godin, bagi membolehkan kita memperoleh pendapatan lumayan, kita memerlukan 1000 tribe yang setia membaca konten yang kita tulis untuk mereka.

Apabila kita melaksanakan strategi internet-marketing dengan mengaplikasi teori TRIBE, aktiviti tribe-engagement menjadi sangat penting dijalankan.

Tribe-engagement adalah sesi komunikasi antara kita sebagai tribe-leader dengan para pengikut kita.

Dalam FB-marketing, para pengikut kita adalah friends dan follower kita.

Apabila kita menulis posting-posting yang suka dibaca dan banyak diulas oleh friends dan followers kita, itu bermakna mereka mempunyai engagement dengan idea-idea yang kita kemukakan dalam posting kita.

Posting yang menghasilkan engagement berkualiti adalah posting yang memberikan informasi yang relevan dan berguna kepada TRIBE.

Semakin banyak posting kita yang mereka baca dan ulas, semakin rapat ikatan emosi dan psikologi antara kita sebagai tribe-leader dan TRIBE kita.

Semakin rapat ikatan emosi dan psikologi itu, semakin mudah kita mendapatkan sokongan dan kerjasama dari mereka.

 

Ainon Mohd.