Contoh Strategi Menulis Perbualan Bermakna

154945_1dlm

Teknik Penulisan Content Berpengaruh.

4 tahun lepas, Puan Guru Ainon Mohd berkongsi dengan saya tentang strategi content marketing yang berpengaruh.

Kata beliau,

“Saudara tidak perlu tulis ayat-ayat untuk menjual produk. Saudara jual diri saudara. Biar bakal pelanggan nampak saudara berkredibel dalam industri.”

Tambah beliau,

“Nanti saudara mahu jual apa-apa pun jadi senang dan laku keras.”

Perkara utama dalam content marketing adalah mencipta “perbualan bermakna”.

===================================
Contoh Strategi Menulis Perbualan Bermakna
===================================

Contoh perbualan yang bermakna adalah,

  1. Kita menjual kasut.
  2. Jangan bercerita tentang perbezaan harga kasut yang mahu kita jual dengan harga kasut yang serupa dibeli di kedai.
  3. Tulis tentang sejarah kasut, museum kasut, atau kisah kasut Rasulullah S.A.W (apa sahaja berkaitan dengan maklumat yang bermain dalam industri kasut).

Perbualan-perbualan bermakna ini dapat mencetuskan “in-depth value” dalam diri pelanggan.

Pelanggan akan lebih mudah percaya dan yakin untuk membeli kasut daripada kita.

Ukuran perbualan bermakna adalah berdasarkan jumlah like, share dan sales yang kita peroleh dalam satu tempoh masa.

Perbualan bermakna adalah 1% daripada strategi Content Marketing berpengaruh mazhab Write to Wealth.