Puasa Sunat Hari Arafah

puasa-sunat-hari-arafah

Mari kita sama-sama berpuasa sunat di hari arafah. Hari dimana jemaah haji berkumpul di padang Arafah untuk berwukuf.
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”

(HR Muslim)

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”

(HR Muslim)

Gunakanlah peluang yang kita ada kali ini untuk melakukan ibadat sunat di hari arafah. Doakan juga agar satu masa nanti . berpeluang menunaikan ibadah haji. InsyaAllah.

Hari arafah pada tahun ini jatuh pada hari Isnin 14 Oktober 2013. Sebarkan kepada rakan-rakan yang lain, moga semua mendapat manfaat dari hari yang mulia ini.

Spread The Message, Share The Reward.
Credit to #SitiAl’Izzah

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman