My First Business Role Model – *Haszoor Muaidi*

mentol

 

VVIP BUSINESS CLUB – My First Business Role Model

1. Sejak zaman sekolah lagi saya memang suka bisnes. Maklumlah ayah juga mula ‘berhenti’ jadi peneroka seawal umur saya 7 atau 8 tahun tak silap.

2. Ayah adalah role model bisnes saya yang pertama. Ayah asalnya peneroka felda di pahang. Kemudian mula jalankan bisnes sendiri secara kecil-kecilan.

3. Dari kereta datsun buruk berlubang, ayah berjaya dan mampu beli sebiji honda accord. (time tu kat kg, kancil atau wira juga susah nak jumpa)

4. Ayah mula terlibat dengan ‘permainan saham’ seawal umur saya 10 – 11 tahun.

5. Ayah beli cash motor ‘kawasaki 1’ hasil dari invest dalam saham.

6. Seawal 12 tahun saya mula kenali apa itu SALES LETTER. Belajar dengan tuan Hamidan Salihen – Jutawan Gayapos dari Klang.

7. Mula kenal Dan Kennedy hasil belajar dengan buku tuan Hamidan Salihen.

8. Umur 12 tahun, mula buat sales letter sendiri (ala-ala kolaj – potong dan tampal) kerana masa itu tiada komputer dan takde mesin taip dirumah.

9. Umur 12 tahun dapat 1st customer dari Kuantan yang beli produk saya dengan kuasa Sales Letter KOLAJ hoho – RM80 dibayar menggunakan wang pos.

10. Buka company sendiri tanpa daftar SSM dan diberi nama MHM.
Singkatan Mohd Haszoor Muaidi.

11. Kena sound dengan officer pejabat pos sebab pada wang pos tertulis nama MHM bukan Mohd Haszoor.

12. Umur 13 ,masuk asrama…serahkan tugas menjual pada adik saya Nur Permata Biru, tak tahulah dia igt ke tak…tugasnya hanya masukkan sales letter kolaj dalam sampul surat dan minta tolong mak pos!

13. Umur 14 – 15 tahun, Wang berduyun tiba dlm bentuk wang pos.

14. Ntah bila masa stop bisnes gayapos sebab sibuk dengan belajar dan sibuk dengan awek juga hoho

15. Bila masuk kolej, start semula bisnes gayapos tetapi tidak bertahan lama kerana kekangan masa untuk belajar.

16. 2006/2007 mula berjinak dengan online dan forum. Carigold adalah forum melepak saya ketika zaman HYIP dan Forex. Swisscash tgh naik ketika itu. Sy pun join hoho.

17. Fast forward 2008, berhenti kerja dari designer untuk mulakan bisnes design dan printing sepenuh masa. Time tu alhamdullilah dapat job puluh ribu ringgit dalam masa singkat.

17. 2009 produce ebook tentang bisnes online. 1st month generate sales 18k tanpa JV. Hanya guna 100% Google Adwords. Bulan kedua 24k…terus kahwin!
Kahwin guna duit bisnes online 🙂

18. 2010 bisnes jatuh merudum sampai kereta kena tarik, kena keluar daripada rumah sewa…sampai berhutang sana sini

19. 2011, pelancaran panduan bisnes printing dan alhamdulillah produk evergreen yang masih mampu berikan pendapatan pada saya.

20. Kini 29 dan 30 jun nanti… Seminar Marketing Online, seminar sola pertama saya yang akan saya share tentang Online/Internet Marketing. Sebelum ni buat seminar printing je…

Belum daftar? Daftar di http://www.kuasainternet.com/
TEMPAT TERHAD. First Come First Serve!

https://www.facebook.com/haszoor