The First Wealth is Health

Quote-The-First-Wealth-is-Health

Orang kaya, sembang dengan orang sihat.
———————————————————-

Setelah di tanya, orang kaya pun berkongsi resepinya untuk menjadi kaya.

1) Perkara paling penting – pengurusan kewangan. Aliran masuk dan keluar.
Sentiasa mencari ikhtiar untuk lebihkan wang masuk daripada wang keluar.

2) Tahu bezakan keperluan dan kemahuan,
dan berbelanjalah ikut keperluan. Bukan kemampuan.

3) Menangguh kemewahan. Biarlah sekarang kita tidak mewah, asalkan di masa mendatang kita selesa dan terbela.

4) Dia meyakinkan bertapa pentingnya simpanan. Perlu bersedia sebelum di timba sebarang musibah dan ujian.

5) Sentiasa jauhi skim/ program yang janjikan pulangan yang singkat dan tak masuk akal.

.

Setelah berkongsi, dia bertanya pula resepi kesihatan kepada rakanya. Dia mahu kurangkan berat badan dengan cara sihat.

Rakanya berkongsi,

1) Perkara paling penting – pengurusan kalori. Aliran masuk dan keluar kalori. Sentiasa pastikan kalori di ambil di bawah keperluan harian.

2) Tahu bezakan keperluan dan kemahuan.
Makanlah makanan ikut keperluan, bukan kemampuan.

3) Menangguh sedap. Biarlah sekarang kita makan kurang gula, kurang garam, kurang minyak, kurang lemak. Asalkan di masa mendatang kita kekal sihat dan selesa.

4) Dia meyakinkan yang kesihatan itu adalah kekayaan. Perlu di jaga sebaik mungkin. Tiada nikmat harta jika di sudah sakit.

5) Sentiasa jauhkan diri dari program / produk yang janjikan hasil yang singkat dan tak masuk akal.