Anda Penyelaras (Harmonizer)

Anda Penyelaras (Harmonizer)

 

Anda positif, bersemangat dan mempunyai rasa humor yang menyenangkan. Segalanya adalah tentang menikmati kehidupan dan sesekali melupakan kekangan diri anda!

Anda mencari keharmonian dan keseimbangan dalam kehidupan anda. Anda menjalin persahabatan yang berkekalan dan rakan-rakan anda benar-benar menghargai kejujuran dan pendapat anda yang berterus-terang. Anda mungkin lebih menyukai rutin dan jaminan berbanding terlalu banyak pengalaman baru.

Anda tahu bagaimana menerima yang baik dengan yang buruk. Sikap anda yang seimbang bermakna tidak kiralah berapa banyak yang anda perlu lakukan, kehidupan terasa cukup indah bagi anda.

Sebagai Penyelaras (Harmonizer), penting untuk anda belajar mempercayai gerak hati anda dan tahu yang segala-galanya akan mendatangkan hasil yang terbaik. Ia juga penting untuk menerima sisi spontan anda dan mengatakan ya kepada pengalaman baru dari semasa ke semasa. Kadang kala satu-satunya perkara yang anda perlukan ialah satu cabaran atau perubahan senario.

Mengetahui yang anda mempunyai rakan-rakan yang amat istimewa yang anda boleh bergantung untuk memberikan anda sokongan dan nasihat merupakan sumber kekuatan yang besar. Anda ialah seseorang yang membina persahabatan yang berkekalan selama bertahun-tahun, dan kemurahan hati anda kepada teman-teman baik anda bermakna mereka juga sentiasa berbesar hati untuk membantu anda.

Apabila tiba masa untuk berehat yang anda sewajarnya nikmati, anda suka untuk berhubung semula dengan rakan-rakan anda. Menghubungi dan mendengar berita terkini mereka yang paling rapat dengan anda merupakan pemulih tenaga yang sempurna, dan cara yang bagus untuk memperoleh beberapa perspektif tentang sesuatu.

Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya

 

http://www.visualdna.com/