Modal sosial adalah lebih besar peranannya dalam kejayaan dunia bisnes.
Biar kita tidak banyak duit, asalkan kita banyak sahabat. Persahabatan adalah modal bisnes yang paling berharga.
Kepandaian bergaul membolehkan kita mempunyai banyak kenalan dan kawan. Skill bergaul membolehkan kita menjadi orang yang popular. Ke mana kita pergi, ada sahaja orang yang mengenali kita.
Kenalan dan kawan-kawan yang banyak bukan modal bisnes. Setakat mereka kenal kita dan berkawan dengan kita, itu tidak menjamin mereka akan membantu bisnes kita, terutamanya semasa bisnes kita sedang jatuh.
Modal bisnes yang sebenar adalah sahabat-sahabat kita.
Kita tidak memerlukan banyak kenalan. Kita memerlukan banyak sahabat.
Justeru, kita perlu meng-upgrade kenalan dan kawan-kawan kita menjadi sahabat kita. Barulah mereka menjadi modal bisnes.
Cara meng-upgrade kenalan dan kawan-kawan sehingga mereka menjadi sahabat adalah dengan menanam budi baik kepada mereka.
Banyak orang pandai berkawan. Itu tidak cukup. Kita perlu pandai berbudi.
Budi adalah insurans sosial kita. Budi adalah matawang!
Apabila bisnes kita jatuh, hanya mereka yang masih berhutang budi kepada kita dapat diharapkan membantu kita.