Bagaimana Mantapkan Skil Menjual?

hjbk

saya mahu berkongsi
cara untuk melatih diri supaya
mahir menjual di Facebook.

… Atau di mana-mana sahaja.

Semoga bermanfaat. 😉

=========================
Menjual adalah transaksi.
=========================

Apabila pelanggan mewujudkan komitmen
seperti membeli produk secara tunai,
maka ia bermakna jualan terhasil.

Kemahiran menjual adalah kemahiran
yang mahal.

Apabila seseorang itu mempunyai
kemahiran menjual, mereka boleh
menggemukkan akaun bank bisnes.

Tidak semua manusia di muka bumi
mempunyai kemahiran menjual.

Kemahiran ini lahir daripada dua perut:

1) Perut bakat.

2) Perut latihan.

Bakat dan latihan adalah dua perut
yang berbeza.

Dalam masa sama, ia saling memerlukan.

Orang yang mempunyai bakat, mereka
secara semula jadinya mempunyai
skil menjual yang bagus.

Orang yang melatih dirinya supaya skil
menjual menjadi tajam, akan dilihat
seperti mereka mempunyai bakat.

=============
Kajian Kes, “The World Greatest Salesman.”
=============

Orang yang mempunyai bakat menjual
biasanya tidak tahu mereka
boleh menjual.

Keadaan itu hanya berlaku apabila
rakan-rakan atau kenalan mereka
memberitahu, bahawa mereka mahir
dalam menjual.

Berbeza dengan orang yang melatih
dirinya untuk menjual.

Mereka mempunyai fasa pembelajaran
secara berperingkat.

Antara kajian kes yang boleh kita
belajar adalah daripada Joe Girard.

Joe Girard diiktiraf sebagai,
“The World Greatest Salesman”.

Pengiktarafan ini diukur berdasarkan
rekod beliau menjual kereta lebih
10,000 unit dalam tempoh masa
yang singkat.

Joe Girard adalah individu yang tidak
mempunyai bakat menjual.

Beliau bukan bermula sebagai salesman.

Bagaimana beliau melatih dirinya
sehingga diiktiraf sebagai
jurujual yang hebat?

Ada 3 cara latihan yang boleh kita tiru:

=============
Latihan #1 – Ilmu
=============

Sebelum mulakan aktiviti menjual,
Joe Girard menghadiri beberapa
majlis ilmu berkaitan dengan
ilmu menjual.

Beliau berusaha untuk memahami
beberapa elemen penting yang
dapat membantu menghasilkan
jualan.

Antara elemennya adalah:

1) Product knowledge.

Mempunyai maklumat yang lengkap tentang
produk atau servis yang kita mahu jual.

2) Communication skill.

Bagaimana untuk bercakap dengan
pelanggan, tanpa membuatkan pelanggan
rasa menyampah apabila berkomunikasi
dengan kita.

3) Selling strategy.

Joe Girard memahami alat-alat
yang dapat dimaksimumkan
untuk menghasilkan jualan.

Antaranya;

– Telefon,

– Buku nota,

– Surat (direct mail) dan banyak lagi.

=============
Latihan #2 – Amal
=============

Setiap ilmu yang diserap akan
diamalkan.

Beliau belajar dengan lebih mendalam
menerusi dua jenis tindakan:

Pertama, tindakan serta merta.

Kedua, tindakan susulan.

Orang yang bertindak serta merta
biasanya akan mengalami kekalahan
kali pertama.

Kekalahan ini akan menjadi
penentu kejayaan.

Jika kita tidak mewujudkan tindakan
susulan, iaitu belajar daripada
kesilapan tindakan pertama,
kita akan tenggelam dengan kekalahan.

Justeru itu, penting untuk
sentiasa bertindak, belajar
dan bertindak.

=============
Latihan #3 – Jemaah
=============

Apakah aktiviti Joe Girard setiap pagi?

Beliau tidak akan melepak dengan
golongan individu yang suka
menderhaka pada masa.

Yakni topik-topik perbualan yang
menjurus kepada:

1) Mengumpat orang lain.

2) Buang masa.

3) Tidak memberikan input yang positif.

Joe Girard lebih suka melepak dengan
pelanggan atau golongan yang dapat
memberikan nilai dalam hidupnya.

Bagi The World Greatest Salesman ini,
aktiviti waktu pagi akan menentukan
kejayaan kita sepanjang hari.

================
Bagaimana Menjampi Pelanggan Supaya Membeli?
=================

Kedua-dua poin di atas adalah poin yang
penting, bagi memastikan kita
boleh menjual produk atau servis
dengan mudah.

DVD Bengkel Simple Tapi Power (STP)
adalah DVD yang membantu para pelanggan
untuk belajar ilmu bisnes dan kemahiran:

1) Pemasaran (Marketing) menggunakan Facebook.

2) Menjual produk dan servis dengan
berkesan, tanpa keluarkan sebarang
kos wang ringgit.

3) Contoh-contoh skrip menjual yang
dapat mempengaruhi pembeli untuk
membeli dengan suka dan rela.

Maklumat lanjut tentang DVD STP,
sila klik laman web di bawah:

===============================
Klik sini –>> http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=7MiMw&m=3ZzcKuLSVqTYIDy&b=HHWojfZiO06bFiCSCpoqEg
===============================

DVD Simple Tapi Power (STP) akan
tutup jualannya tidak lama lagi.

DVD ini juga telah berjaya membantu
orang ramai menghasilkan jualan
sehingga mencecah nilai RM5.4 juta.

Jumpa lagi.

Aqif Azizan