Banyak orang bisnes mencari-cari business-partner yang bagus, namun tidak juga berjumpa. Ini menyukarkan perkembangan bisnes mereka. Meskipun berkembang, namun kadar perkembangan itu tidak laju.
Nabi kita ada menunjukkan kepada kita panduan mendapatkan business-partner yang praktikal dan tepat.
+ Khadijah dan Muhammad Muda adalah strangers antara satu sama lain. Sesudah diperkenalkan baru mereka tahu.
Ertinya, kita tidak wajib kenal rapat dengan business partner kita.
Muhammad Muda tidak berpartner dengan sahabat karibnya sendiri, Abu Bakar, padahal Abu Bakar adalah orang bisnes juga.
Dari satu sudut lain, mengambil kawan baik sendiri bukanlah pilihan yang ideal.
Nak baca lagi ke? Tak payah la, Ok Ok Ok, tekan je Like!
Mengambil sahabat baik sendiri sebagai business-partner mempunyai banyak kelemahan. Banyak kes berlaku komunikasi bisnes terbatut, mengakibatkan kerugian dan kesilapan mahal, disebabkan sesama partner tidak mahu melukai hati sahabat baiknya.
+ Khadijah dan Muhammad diperkenalkan oleh sahabat baik Khadijah, Abu Talib.
Introducer mereka berdua itu seorang businessman yang terkenal dan sangat bagus akhlak-bisnesnya.
Di sini pentingnya kita mempunyai networking dengan businessman otai! Tuan Otai itu nanti dapat memperkenalkan kita kepada Otai-Otai bisnes lain.
Bagi kita sendiri, di manakah kita hendak mencari networking dengan Otai-Otai bisnes?
Kita perlu hadir dalam majlis-majlis di mana di situ ada Otai-Otai bisnes. Kita boleh jadi ahli surau ataupun masjid kawasan perumahan kita.
Kita boleh masuk persatuan di mana ada banyak Otai di situ. Kita boleh masuk kelab-kelab hobi. Kita boleh masuk perkumpulan tak berdaftar.
Kita boleh menghadiri kursus, seminar, persidangan, ekspo, pameran, karnival dll di mana banyak Otai bisnes pun hadir, baik sebagai ahli panel mahupun sebagai audiens.
+ Khadijah Otai kaya. Muhammad, miskin.
Hanya Otai-Otai business yang mempunyai banyak duit sebagai modal lebihan! Dengan mempunyai Otai Kaya sebagai partner, Muhammad dapat memulakan bisnes tanpa berhutang.
+ Khadijah dan Muhammad bukan suami isteri. Mereka bukan adik-beradik.
+ Khadijah, perempuan. Muhammad lelaki.