Lagi tip berunding dalam bisnes

negotiate-effectively-pop_5766

Kita yang mula-mula mengemukakan senarai perkara-perkara yang akan dipersetujui.

Ertinya, sebelum kita berjumpa pihak sana, kita sudah fikirkan perkara-perkara yang kita mahu, dan perkara-perkara yang kita akan berikan kepada pihak sana.

Sebagai contoh:

Apabila kita mahu memohon supaya dilantik menjadi pengedar kuih kapit keluaran syarikat Firdaus Food Sdn. Bhd….

Kita beritahu Tuan Firdaus bahawa kita akan lakukan perkara-perkara seperti di bawah:

1. Kita akan ambil minimum 10 ribu balang setiap bulan.

2. Kita mahu ambil pada harga RM4.50 setiap balang.

3. Kita akan tetapkan harga jualan kita kepada pelanggan kita.

4. Kita mahu menggunakan label kita sendiri.

5. Dan lain-lain….

PENTING: Semasa mengemukakan senarai yang kita mahu, kemukakan SEMUA senarai itu serentak. Biar pihak sana tengok semua yang kita mahu.