Apabila kita mahu supaya orang-orang bisnes suka berunding hal-hal bisnes dengan kita, lakukan strategi ini….
+ Mulakan proses berunding dengan kita yang menawarkan apa yang secara logiknya memang orang itu suka menerimanya.
+ Jangan tunggu sampai orang itu minta baru kita setuju.
+ Berikan sesuatu yang sudah tentu orang itu sangat setuju.
Sebagai contoh: Belum apa-apa kita sudah berkata kepadanya…
+ “Untuk tuan saya beri diskaun 40% dengan kredit 45 hari.”
+ “Saya boleh beri tuan percuma 3 helai tudung bagi setiap RM1k yang tuan beli.”
+ “Saya beri tuan harga RM12 seunit dan saya tanggung kos penghantarannya.”
Hanya disebabkan kita yang memulakan perundingan dengan memberi tawaran yang sangat cantik, proses rundingan seterusnya akan berjalan lebih mudah.