Produk musim lembu gemuk….
Produk musim lembu kurus….
Seorang Ahli ABS meminta nasihat saya berkenaan bisnesnya. Beliau mengimport pelbagai wangian dari Saudi Arabia dan mengedarkannya dengan menggunakan sistem agent. Jualannya bagus, dapat memberikan kehidupan selesa baginya sekeluarga.
Produk wangi-wangian bukan produk keperluan. Ia termasuk dalam produk mewah.
Wangian laku pada masa ekonomi berkembang sihat. Orang mempunyai duit lebihan bagi membeli produk-produk mewah.
Apabila berlaku ekonomi gawat, semua orang berjimat cermat. Mereka hanya membeli barang keperluan.
Mulakan bisnes dengan produk musim lembu kurus….
Nak baca lagi ke? Tak payah la, Ok Ok Ok, tekan je Like!
Produk keperluan laku sepanjang zaman. Zaman musim lembu gemuk, ia laku. Zaman musim lembu kurus, ia lebih laku.
Apabila produk musim lembu kurus sudah cukup, baru mula buat produk musim lembu gemuk.
Jangan terbalik! Jangan buka bisnes musim lembu gemuk dulu…. Nanti apabila gawat datang mengejut, kita jatuh terjelepok!
Sebagai peniaga, kita perlu mempelbagaikan produk kita. Ada yang laku pada musim ‘lembu gemuk’. Ada yang laku pada musim ‘lembu kurus’. Iktibar dari Surah Yusuf.
Saya beri contoh dari pengalaman PTS sebagai penerbit buku:
- Semasa ekonomi sihat, buku-buku agama yang tebal dan berkulit keras laris sekali, walaupun harganya mahal. Tetapi apabila ekonomi jatuh, buku-buku itu tersadai dalam setor…
- Semasa ekonomi gawat, banyak bisnes tutup, orang dibuang kerja, jutawan hidup melepek…. Banyak orang balik kepada Tuhan. Buku panduan sembahyang dan buku doa-doa laku kerassss!