Tip untuk ‘budak pandai’ yang sedang bersiap sedia mahu buat bisnes sendiri.

images

Tip untuk ‘budak pandai’ yang sedang bersiap sedia mahu buat bisnes sendiri….

Dalam dunia bisnes, kita akan terpaksa berurusan dengan banyak orang-orang pandai. Mereka berada di tempat-tempat yang penting. Mereka duduk di kerusi-kerusi penting.

Di dalam tangan orang-orang pandai, terdapat banyak peluang bisnes.

Belajar skill-skill menjalin hubungan baik dan bekerjasama dengan ‘orang-orang pandai’ lain:

1. Orang pandai sangat konfiden mereka pandai.

Jadi, apabila bersama dengan orang-orang pandai, kita jangan ‘tunjuk pandai’. Dengan cara itu, mereka akan suka berurusan dengan kita.

2. Orang pandai sangat suka mendengar pendapat mereka sendiri.

Jadi, apabila orang pandai bercakap, kita diam sahaja. Biar orang pandai itu yang banyak bercakap. Biarkan dia rasa puas hati dengan percakapannya, nanti dia suka bercakap-cakap dengan kita!

3. Orang pandai pantang dibuktikan pendapat mereka salah.

Jadi, meskipun sah-sah pendapat orang pandai itu salah, kita diam sahaja. Biar orang lain yang membuktikan dia salah. Kita jaga hubungan baik. Dengan sikap berdiam, orang pandai itu akan terus suka bercakap-cakap dengan kita.