“Saya sudah gunakan semua teknik pemasaran yang diajarkan oleh cikgu-cikgu pemasaran, namun satu unit produk masih belum berjaya dijual.”
Dialog di atas adalah keluhan majoriti pemilik bisnes new-comers. Iaitu pemilik bisnes baru.
Tidak semua bisnes mudah menghasilkan jualan pertama. Lebih-lebih lagi apabila harga produk atau servis itu lebih tinggi berbanding biasa.
Pembelian bergantung pada faktor emosi iaitu:
1) Kepercayaan.
2) Keyakinan.
Kepercayaan dan keyakinan ini boleh ditanam dalam hati pelanggan menerusi strategi yang dinamakan sebagai streamline offer.
Streamline offer adalah strategi berantai. Kita tidak menjual produk utama terlebih dahulu. Ia mengandungi 3 pecahan asas iaitu:
1) Front end.
2) Main product.
3) Back end.
=============
Tawaran Front End
=============
Streamline offer bermula pada peringkat front end.
Front end adalah mesej pemasaran yang dapat merendahkan trauma pelanggan. Dalam masa sama, meningkatkan dua faktor emosi penting yang mendorong kepada pembelian; Kepercayaan & keyakinan.
Antara tawaran front end adalah:
1) Sampel produk bernilai RM1 hingga RM10 maksimum.
2) Seminar percuma selama 4 jam.
3) Servis khidmat nasihat percuma.
Apabila kita lihat kembali tawaran di atas, front end menggunakan dua pendekatan iaitu; Harga sangat murah, tidak masuk akal, atau percuma.
Bagaimana pemilik bisnes mengaut keuntungan jangka panjang yang lumayan menerusi pendekatan front end?
Mereka mengambil data pelanggan.
Sebagai contoh, skrip tawaran front end bagi produk DVD Tutorial Kuruskan Badan Dengan Senaman Yoga adalah:
“Percuma 10 Jenis Makanan Yang Dapat Turunkan 5kg Dalam Masa 30 Hari. Sila SMS <Nama> & <Emel> ke 012 345 6789.”
Apabila mereka SMS ke nombor ini, bermakna kita (pemilik bisnes) sudah mempunyai data pelanggan.
Kita akan gunakan data ini berkali-kali untuk membina dua faktor emosi tadi; Kepercayaan & keyakinan.
Jika tawaran front end itu bagus, maka pelanggan sudah bersedia untuk bagi duit bagi membeli produk utama.
Data-data ini yang akan membantu kita untuk menjual produk utama yang bernilai tinggi.
[Tawaran main product dan back end akan dikongsikan dalam post-post akan datang]
==========================
Mahu Belajar Marketing Di Facebook?
==========================
DVD Bengkel Simple Tapi Power (STP) telah membantu orang-orang baru dalam bisnes, untuk mahir satu skil yang paling mahal dalam dunia bisnes.
Skil itu adalah: Pemasaran a.k.a Marketing.
Psikologi pemasaran berkesan di Facebook ada resepi yang tersendiri.
Belajar daripada orang yang berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang ini, jauh lebih mudah berbanding belajar sendiri atau try & adjust.
Tuan Faisal Abdullah adalah pemilik bisnes, konsultan dan copywriter yang sudah membantu mentee-menteenya menghasilkan jualan melebihi RM1,000,000 (RM1 juta) dengan teknik Simple Tapi Power.
================================================================
“Jualan bisnes saya berubah kepada angka RM20,000 sebulan selepas mengamalkan teknik yang diajar dalam bengkel STP”
– Wan Hartini, pengamal teknik STP.
================================================================
Jualan ini dibuka semula untuk tempoh masa yang terhad.
Klik laman web di bawah untuk pembelian.
Klik sini –>> http://www.nasihatniaga.com/hop.php?ref=wtw
(Ilmu ini disalurkan dalam bentuk DVD)