Memilih perkataan yang mahu dituliskan pada papan tanda kedai….
Apabila kita membuka kedai, apakah yang mahu dituliskan pada papan tanda kedai kita?
.
Fungsi-fungsi papan tanda kedai:
Rule 1. Memberikan informasi yang tepat tentang jenis bisnes kedai kita.
Rule 2. Menjadi daya penarik supaya orang mahu singgah dan masuk ke kedai kita.
Rule 3. Menerangkan nama kedai kita.
Rule 4. Memudahkan orang mencari di mana kedai kita.
Rule 5. Memudahan orang ingat nama kedai kita.
.
Di Hulu Kelang, dulu ada sebuah restoran cantik, tidak lama selepas beroperasi restoran itu ditutup kerana kurang sambutan.
Nama restoran itu terpampang jelas “Restoran Ikan Sungai”.
Rule 1: SALAH – Nama “Restoran Ikan Sungai” tidak memberi gambaran tepat berkenaan menu yang didangkan. Restoran itu sebenarnya menghidangkan masakan gaya-kampung, bukan hanya ikan-ikan sungai.
Rule 2: SALAH – Nama “Restoran Ikan Sungai” mengecilkan daya tarikannya kepada segelintir orang yang menyukai masakan ikan sungai. Majoriti orang tidak tertarik kepada perkataan “Ikan Sungai” oleh itu mereka tidak mahu masuk ke restoran itu.
Rule 3: BETUL – Nama “Restoran Ikan Sungai” adalah nama kedai itu, bukan nama syarikat yang memiliki restoran tersebut.
Rule 4: BETUL – Nama “Restoran Ikan Sungai” memudahkan orang mencari restoran itu kerana ia unik. Namun begitu, orang tidak tercari-cari restoran itu.
Rule 5: BETUL – Nama “Restoran Ikan Sungai” sangat mudah diingat. Meskipun restoran itu sudah tutup, nama itu masih diingat orang