Bakat selling…. Bakat mengurus sales

marketing
Bakat selling….
Bakat mengurus sales….

Banyak orang Melayu menyangka orang yang pandai menjual adalah juga orang yang pandai berniaga.

Malah dalam kalangan salesman pun ada yang menyangka perkara seperti itu. Disebabkan mereka pandai menjual, maka mereka percaya mereka pandai berniaga.

.

Dalam perniagaan ada 2 perkara yang sangat penting dijaga dalam hala-ehwal sales syarikat.

1. Mengurus prestasi pasukan sales kita. Banyak buku berkenaan hal ini, dengan tajuk “Managing Your Sales Team”.

2. Mengurus sales itu sendiri. Banyak peniaga Melayu sibuk menjual sahaja. Mereka tidak menjalankan kerja-kerja pengurusan jualan. Banyak buku berkenaan hal ini, dengan tajuk “Sales Management”.

.

Orang bisnes tidak perlu mempunyai bakat menjual. Kita boleh membeli bakat itu dari pasaran yang ada. Ambil salesman yang terbaik untuk menjadi salesman kita.

Orang bisnes perlu mempunyai ilmu asas tentang pengurusan pasukan sales dan ilmu pengurusan sales syarikat.

Dengan memiliki kedua-dua ilmu itu, kita dapat melantik salesman yang mempunyai bakat mengurus jabatan sales kita.

Kita juga dapat menurunkan kepada mereka perkara-perkara yang sangat penting diberikan perhatian bagi meningkatkan jualan.

 

Ainon Mohd