5 Penyakit “Mahal” Jurujual Jutawan
Penyakit adalah satu persepsi negatif yang telah ditanam dalam minda kita.
Dalam masa sama, penyakit juga boleh dijadikan sebagai satu momentum.
Dalam dunia sales & marketing, ada penyakit-penyakit tertentu yang menyebabkan seseorang itu berjaya meledakkan jumlah keuntungan.
Penyakit-penyakit itu adalah penyakit yang mahal. Mahal dari sudut nilai, dan mahal dari sudut hasilnya.
Dalam proses menjadi seorang jurujual jutawan, ada 5 penyakit mahal yang berbaloi dijangkiti:
===
#1 – Ketagih Belajar
===
Seorang jurujual jutawan mengamalkan sikap, “Learn & Earn”.
Sambil belajar, sambil dapatkan pelanggan. Sambil menuntut ilmu, sambil menambah kekayaan.
Dalam masa sama, jurujual jutawan juga hanya belajar daripada insan yang terbaik dalam bidang jualan & pemasaran.
Learn & earn from the best.
===
#2 – Tidak Pernah Puas
===
Apabila jurujual jutawan memperoleh RM1, mereka akan berusaha untuk dapatkan RM10.
Kemudian nilai jualannya bergolek-golek meningkat.
Dalam erti kata lain, jurujual jutawan mempunyai sikap tidak pernah puas untuk mencapai nikmat yang berterusan.
Pada mereka, nilai untung itu menjelaskan prestasi, potensi dan penajaman skil jualannya.
===
#3 – Luahan Pelanggan Sebagai Modal Jualan
===
Masalah, keluhan dan rintihan adalah modal utama jurujual jutawan.
Setiap kali pelanggan berkata, “Aku ada masalah _______”, maka ketika itu mata jurujual jutawan bersinar-sinar.
Mereka berpegang pada pendekatan, “Masalah sebagai peluang.”
===
#4 – Layanan Mahal Terhadap Pelanggan
===
“Treat your customer as a majesty.”
Pelanggan adalah raja dalam bisnes kita.
Mereka berurusan dengan kita atas dasar kepercayaan, keyakinan dan kredibiliti.
Jurujual jutawan membalas setiap transaksi duit itu dengan melayan pelanggan menerusi bait-bait kebahagiaan.
Dalam erti kata lain, mereka akan berusaha buat pelanggan bahagia. Sampai bila-bila.
===
#5 – Setiap Duit Masuk Ada Konspirasi Skrip
===
Dalam diri jurujual jutawan, setiap tulisan yang terbit di Facebook sudah ada konspirasi yang tersendiri.
Mereka mengamal skrip jualan berpengaruh.
Iaitu meletakkan setiap perkataan mereka dalam posisi-posisi emosi yang membuatkan pelanggan tidak sabar mahu bagi duit.
Sebagai contoh, mereka menulis perkataan-perkataan yang pelanggan mahu baca.
Jika pelanggan mahu jadi kurus, maka skrip jurujual jutawan akan bermula dengan…
“Anda mahu jadi kurus?”
Kemudian diselangi dengan skrip-skrip jualan berpengaruh yang seterusnya.