Model Nabi memulakan bisnes-*Ainon Mohd*

Cikpuan NorAishah Hj Ramlan meminta tip:

“Memulakan bisnes puan. Sebab saya dalam proses memulakan bisnes. Apa yang perlu diutamakan? Bila patut marketing dimulakan? Peratusan budget untuk renovation, marketing, etc. Perkara perkara wajib yang perlu diambil kira.”

…..

Cikpuan,

Ikut model bagaimana Nabi memulakan bisnes beliau:

1. Bisnes pertama beliau adalah bisnes servis. Apabila puan memulakan bisnes dalam sektor servis, modalnya kecil, cikpuan tidak perlu berhutang. Nabi tidak berhutang bagi memulakan bisnesnya.

2. Nabi kita tidak membuka kedai fizikal. Apabila cikpuan tidak membuka kedai fizikal, cikpuan tidak perlu berbelanja untuk kos renovation.

3. Nabi tidak mengeluarkan sendiri produknya. Beliau menjual produk keluaran pihak lain. Apabila cikpuan tidak mengeluarkan sendiri produk, modal bisnes menjadi sangat rendah.

4. Strategi marketing Nabi adalah dengan membuka channel-channel dahulu, sebelum memulakan bisnesnya. Selepas membuka Channel barulah Nabi memilih produk-produk yang akan dibekalkan kepada channelnya.

5. Ikutlah cara Nabi. Cara itu dicipta di Langit. Tidak mungkin salah.

Ainon Mohd.