Dari kelas ABS
Satu produk, banyak industri….
Salah satu isu yang kerap dialami oleh peniaga Melayu adalah bisnesnya yang sukar mahu berkembang.
Selepas bertahun-tahun, bisnesnya masih terkial-kial mahu dibesarkan. Si peniaga masih berpeluh-peluh menguruskan bisnesnya….
.
Kerap belaku peniaga Melayu tidak perasan perkara ini:
Dia fokus dengan 1 jenis produk, disangkanya model bisnes itu sudah betul. Padahal, model itu salah.
Apabila model bisnes kita salah, macam-macam problem muncul pada banyak point dalam proses bisnes itu.
Akibatnya, kita menjadi macam pegawai jabatan bomba, kita sibuk memadam api di sana dan di sini.
.
Ambil kes macam bisnes pengeluar pakaian, yang banyak bisneswoman Melayu berkecimpung dalam industri ini.
Mereka hanya mengeluarkan 1 jenis produk, yakni pakaian.
Yang mereka tidak perasan, meskipun produknya 1 jenis, tetapi si peniaga itu aktif dalam beberapa industri!
.
1. Mereka membeli sendiri kain di Vietnam = Ini industri trading import.
2. Mereka mendesain sendiri fesyennya = Ini industri harta intelek.
3. Mereka mengeluarkan sendiri pakaian siap pakainya = Ini industri manufacturing atau pengilangan.
4. Mereka melantik agent-agent sendiri = Ini industri trading pengedaran atau distribusi.
5. Mereka membuka kedai butik yang menjual bajunya = Ini industri retailing atau peruncitan.
Nabi kita pun tidak berkecimpung dalam begitu banyak industri secara serentak!
Beliau hanya berkecimpung dalam 1 industri sahaja, yakni pengedaran.