Aplikasi ‘strategi bisnes’, bukan ‘strategi produk’ – *Ainon Mohd.*

Dari kelas ABS

Aplikasi ‘strategi bisnes’, bukan ‘strategi produk’….

Banyak peniaga Melayu khusyuk dengan strategi produk. Mereka bersungguh-sungguh memikirkan produk yang mereka keluarkan dan jual.

Mereka berfikir produk, produk, produk. Ini namanya ‘strategi produk’.

Banyak yang yakin bahawa kunci kejayaan bisnes terdapat pada produk yang unik, yang terbaru, yang berkualiti premium, yang paling cantik, yang paling tahan lama, yang paling sedap, yang dapat mengalahkan semua produk pesaing….

Mereka juga berfikir bagaimana hendak mengeluarkan lebih banyak jenis pilihan produk, supaya jualan naik.

.

Dalam dunia bisnes, produk yang biasa-biasa pun dapat menghasilkan kejayaan yang luar biasa.

Produk biasa-biasa memerlukan aplikasi ‘strategi bisnes’ yang efektif.

.

Cikpuan Cik Chah menulis tentang Adi Cendol di bandar Kuching yang dipasarkan dengan menggunakan strategi bisnes efektif:

“Saya ada seorang rakan yang kami gelar dengan nama ‘Adi Cendol’. Beliau hanya mengeluarkan satu produk, iaitu cendol.

Apa yang saya perhatikan beliau tidak pernah menjual sendiri cendolnya sejak mula berbisnes. Beliau hantar cendolnya ke gerai-gerai tepi jalan.

Daripada cendolnya berbungkus plastik, kemudian cawan plastik biasa, sekarang cawan custom-made dengan label sendiri.

Sekarang di mana-mana sahaja saya duduk minum di kedai makan, pasti ada cendol beliau. Di stesen minyak pun ada. Boleh dikatakan semua tempat di bandar Kuching yang ada menjual minuman, pasti ada cendol si Adi Cendol di situ!”

 

https://www.facebook.com/profile.php?id=572523113