Bagi yang selalu bertanya tentang kerjaya saya, ini jawapan ringkas:
1) Saya buat duit dengan menulis.
2) Antara channelnya:
Saya bekerjasama dengan pemilik bisnes. Kemudian menulis kempen-kempen pemasaran secara keseluruhan (Skrip jualan, SMS, e-mel, iklan above the line / below the line, dan pelbagai lagi).
Jika ada jualan, saya akan ambil percent (%) atau dalam bentuk RM.
(Sebagai contoh, jika untung bersih syarikat pada minggu itu RM100,000, maka saya akan ambil 10% – 30% – Bergantung pada perjanjian.)
3) Menjual education product seperti buku, audio, ebook dan sebagainya.
4) Coaching, bengkel dan sebagainya: Akan datang (Bermula bulan Julai 2013).
5) Adakah saya jutawan duit? Biar pihak bank dan rakan niaga terdekat sahaja yang tahu. Secara umum, tidak penting.
(Malah saya juga tidak selesa diukur dengan duit.)
7) Saya suka dan bahagia hidup bersahaja dan sempoi.
Bagaimana saya boleh jadi begini? Saya ada cikgu bisnes.
https://www.facebook.com/aqifazizan