Dukacita pada masa kasar, tetapi menjadi Sukacita selepas beberapa ketika

945758_585459654818440_1314485689_n

Bismillah. Semalam selepas solat Isyak di sebuah surau, Imam mengumumkan yang berbunyi

“Dukacita dimaklumkan, bahawa kejadian buruk menimpa kepada salah seorang Imam Tahfiz yang kehilangan duit, apabila sewaktu melakukan solat terawih di dalam surau ini, ada pencuri yang mencuri dompet imam itu yang disimpan di dalam biliknya’. Duit sebanyak RM 350 hilang, Mykad dan lesen dijumpai semula di sekitar surau itu pada malam itu juga. Mohon semua ahli kariah untuk memberi sedekah ataupun hadiah bagi mengantikan duit imam kita yang dicuri itu”

Saya ketawa dalam hati dan tersenyum, dan berkata kepada diri saya, ini bukan berita dukacita, ini berita yang paling gembira untuk ustaz itu. Saya percaya kutipan yang ustaz itu akan dapat melebihi dari apa yang ustaz itu hilang’. Di sini adalah antara pengajaran yang saya sudah dapat lihat sebelum ini, apabila musibah berlaku kepada orang yang berimam, nikmat dalam bentuk duit dan kesenangan menimpa mereka disebabkan musibah itu berlaku.

Nak baca lagi ke? Tak payah la, Ok Ok Ok, tekan je Like!