Apakah kita patut tunggu syarikat ada duit dahulu baru kita ambil akauntan *Ainon Mohd.*

Dari kelas ABS

Apakah kita patut tunggu syarikat ada duit dahulu baru kita ambil akauntan….

ataupun

Apakah sebaiknya kita ambil akauntan dahulu barulah syarikat kita ada duit….

.

Itulah persoalan yang bermain-main dalam kepala orang bisnes bermodal kecil.

Ambil akauntan dahulu, nanti wang akan lebih mudah datang sendiri.

Pada peringkat awal, semasa syarikat masih kecil, akauntan dapat menjalankan semua tugas-tugas ‘ibu pejabat’.

Beliau boleh menjalankan semua kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran. Ini sangat menjimatkan.

.

Syarikat yang tidak mempunyai akauntan in-house cenderung berada lebih lama dalam fasa terkial-kial hendak membesar, dibandingkan dengan syarikat yang cepat-cepat mengambil akauntan.

Ikat perut, tahan lapar sedikit, supaya kita dapat membayar gaji akauntan. Dalam tempoh tidak sampai 6 bulan, kita tidak perlu ikat perut lagi.

.

Banyak peniaga berkira-kira apabila hendak mengambil akauntan. Terasa takut kalau-kalau syarikat tidak mampu membayar gaji akauntan itu. Lagipun, duit keluar-masuk belum banyak. Bisnes pun belum betul-betul besar sampai perlukan akauntan in-house.

Mereka berasa mereka belum ada duit tetapi tidak pula mereka berkira-kira apabila mengeluarkan duit bagi tujuan yang tidak penting bagi pembesaran bisnes dan syarikat, seperti membeli kereta baru dan membiayai gaya hidup dengan mempamerkan simbol-simbol wang.

https://www.facebook.com/profile.php?id=572523113