Bismillah. Apabila saya ingin memilih mentor, saya memilih mentor yang sudah menjadi majoriti apa yang dicakapkan. Di mana walaupun beliau tidak berkata, tubuh badannya sudah menjadi saksi bahawa beliau sudah mengamalkannya.
Begitu juga dengan trainer, penceramah, ustaz, saya lebih mudah terpengaruh dengan individu yang ‘bercakap’ menggunakan anggota badannya dan kehidupannya. Di mana saya susah untuk percaya apa yang orang cakap, saya lebih percaya apa yang saya lihat. Ini bererti di dalam pemilihan mentor, saya tidak mendengar apa yang dikatanya, saya melihat apa yang dilakukannya. Sebaik sahaja saya sudah melantik beliau sebagai mentor, kebanyakan masa saya ‘butakan’ mata saya, saya hanya mahu mendengar sahaja, apabila mentor saya itu bercakap, supaya ilmu itu terus dapat sampai ke hati saya.
Begitu juga dengan sahabat di facebook dan di luar facebook, bahasa yang digunakan ataupun yang ditulis, itu mencerminkan secara puratanya amalan ilmu yang dipratikkan.
Nak baca lagi ke? Tak payah la, Ok Ok Ok, tekan je Like!
Secara puratanya, saya tidak terpengaruh dengan :
1. Orang yang meninggikan suaranya
2. Orang yang sentiasa pakai baju berjenama
3. Orang yang sentiasa pakai baju cantik @ bergaya
4. Orang yang tidak menepati masa dan suka berlengah-lengah
5. Orang yang suka menuduh
6. Orang yang suka menulis dalam keadaan hendak mengajar
7. Orang yang menulis menggunakan ayat yang bersangka buruk
8. Orang yang cakapnya tiada In Syaa Allah
9. Orang yang apabila bercakap, tiada perkataan memohon maaf, walaupun tindakannya semuanya betul.
10. Orang yang suka mengkritik di dalam facebook ataupun dihadapan khalayak ramai.
11. Orang yang mengambil sistem perbankan konvensional
12. Orang yang suka menunjukkan simbol kekayaan di facebook dan sebagainya.
13. Orang yang suka menunjukkan dirinya pandai
14. Orang yang suka merendahkan orang lain
15. Orang yang tidak mempratikkan kebanyakan ilmu yang dipelajari.
16. Orang yang mengejar dunia.
17. Orang yang banyak bersandarkan kitab barat berbanding kitab Islam.
18. Orang yang tidak mahu menderma
19. Orang yang sentiasa bersangka buruk dengan peminta sedekah
20. Orang yang suka menulis entri di facebook yang membuatkan masa orang lain membazir.
21. Orang yang suka klik like perkara yang haram.
22. Orang yang tidak membantu menginsafkan saya
23. Orang yang tidak membantu saya untuk keluar dari kebodohan.
Dan lain-lain.
Astaghfirullah.
Lain sekolah menuntut ilmu, lain pula mazhabnya, hormati perbezaan. Pilih sekolah yang kita suka, kerana di Akhirat kita yang perlu bertanggungjawab.