Dari kelas ABS
Apakah ciri-ciri yang ada pada diri kita yang mendorong orang-orang bisnes lain mempersepsi kita sebagai seorang gaya-towkay dan bukan sebagai businessman gaya-korporat.
1. Apabila mereka tengok kita tidak dikelilingi oleh individu-individu yang berkuasa membuat keputusan bisnes tanpa merujuk kepada kita dahulu.
2. Apabila mereka tengok setiap kali kita buat keputusan, kita tidak pernah bertanya dahulu kepada orang-orang kuat kita.
3. Apabila mereka tengok semasa di depan kita semua orang kuat kita menjadi pendiam dan pak angguk sahaja. Tidak ada yang berani mengemukakan pendapat mereka sendiri, melainkan pendapat yang menyokong pendapat kita.
4. Apabila mereka tengok kita membatalkan keputusan yang dibuat oleh orang kuat kita.
5. Apabila mereka tengok kita membuat keputusan bisnes dengan cepat!