SUATU MALAM NAN “GEMERSIK JIWA” – *Hakim Najili*

8837_10201325030345017_303639283_n

1. Semalam, sebahagian daripada warga Geng Business Sadiq (GBS) telah menerima pelawaan untuk memeriahkan malam jumaat dengan majlis ilmu di villa Dato Azlina Che Abdullah di Country Heights, Kajang. Aktiviti malam tadi adalah berqasidah bersama tetamu2 lain di sebuah surau yakni surau tersebut adalah berada dalam halaman rumah beliau sendiri dan juga ceramah khas yang sangat padu pengisiannya oleh Dato’ Hassan Din Al Hafiz.

2. Persepsi kelodak kotoran kita yang sekian lama diprogramkan dan telah disogokkan berkurun lamanya seperti dalam televisyen dengan mindset orang kaya itu sombong, orang kaya itu bongkak, orang kaya itu kedekut, orang kaya itu jahil, jika sy mengatakan ianya adalah sebaliknya. Kaya atau miskinnya jiwa tidak ada quantum yg dapat diukur dengan bilangan kereta mewah atau berapa tingkat rumah. Ianya hanya boleh dilihat apabila melihat pengisian2 hidup, dan apa yang terpancar dari mulut ketika berbicara.

3. Masa sy kerja dahulu ada jer salah seorang client/bos/pangkat tinggilah jugak gaji tak sampai RM6,000 sebulan tp bercakap seperti menongkat langit. Dan ada juga dengan gaji yang lebih daripada itu yang selalu merendah diri seolah2 malu dengan pangkat yg dia ada. Dan juga ada yang berpendapatan tak sampai RM2000 sebulan yang sangat berkuasa tandatangannya utk mengesahkan claim bulanan bercakap seperti menongkat bulan, dan ada juga sy berjumpa makcik tukang sapu dari seberang yang seringkali menegur dan memberikan bantuan.

4. Kaya atau miskin bukanlah “pembaris” sebenar hati seorang manusia. Kerana dalam alquran juga ada kisah kaya gila seperti qarun tetapi sombong dan angkuh, dan ada kisah kaya super duper ultra seperti nabi sulaiman yang boleh memerintahkan angin, serangga dan makhluk2 lain utk mendengar cakap baginda tetapi nabi sulaiman adalah seorang yang beriman pada allah. Jika ada kisah2 tersebut dlm quran adakah ianya tidak membawa pengajaran kepada kehidupan kita pada hari ini?

5. Semasa dalam majlis ilmu oleh dato’ hassan din semalam, banyak benda yang telah dapat di alignmentkan semula. Antaranya kesan pemakanan bayi terhadap pembentukan jiwa dan kesannya hanya akan nampak setelah anak itu dewasa, kategori tingkat tingkat solat yang ada 5 kategori, perbezaan manusia yang dalam alquran ada yg dipanggil nas, ada yg dipanggil insan, ada beza rupanya huhuhuhu, dan dalam masyrakat kita hari ini memang 2 kategori manusia yg sorang dipanggil nas dan sorang lg dipanggil insan ini memang betul2 wujud. Juga Dato’ hassan din sangat kagum dgn seorang ustaz di singapura namanya ustaz fakhrul razi yang mana ustaz ini pernah dalam satu masa buat satu majlis mengajak sehingga 60,000 umat islam hanya berzikir shj dr maghrib sampai tgh malam di suatu tempat di sana. Subhanallah, kagum sekejap den. Banyak sgt pengisian sehinggakan ceramah yang hampir makan masa 2 jam tue rasa macam 5 minit jer, nie sebenarnya first time sy dengar ceramah beliau secara live, masya allah mantopulous ilmunya, membawa ilmu yg tinggi dalam bahasa yang rendah.

6. Semoga pahala yang ditabur semalam akan terus mengalir dan menerangkan kubur-kubur semua pihak yang terlibat ♥ — feeling wonderful.

304789_4263834791364_2099258356_n

https://www.facebook.com/abdhakim.mhdnajili/posts/10201325031865055

https://www.facebook.com/abdhakim.mhdnajili