BERDOSAKAH AKU MEMBUAT HIBAH? ( Bahagian 2)
Abu seorang lelaki yang baik yg bekerjaya sebagai arkitek. Dia taat mengerjakan segala arahan Allah & meninggalkan larangannya. Cuma dia kurang bernasib baik kerana 2 adik lelakinya tidak seperti dia & hubungan mereka tidak rapat. Seorang penganggur manakala seorang lagi sering keluar masuk lokap kerana mengambil dadah.
Abu ingin membuat HIBAH untuk sebahagian hartanya bagi memastikan isteri & 2 anak perempuannya ada bumbung tempat berteduh & ada sedikit wang tunai untuk meneruskan kehidupannya. Tambahan pula seorang anak perempuannya OKU. Ada sedikit lagi baki harta mahu ditinggalkan untuk difaraidkan.
Tetapi hamba Allah tempat dia bertanya ini menyatakan dengan tegas bahawa HARAM hukumnya untuk melakukan hibah jika niatnya untuk mengelakkan waris faraid menerima bahagian ! Jangan jadi seperti yahudi yg mempermainkan hukum Allah … kata hamba Allah itu. Tersentap Abu !
Jika haram hukumnya berdosa ! Hanya bila hibah dibuat dengan niat yg betul iaitu di atas dasar kasih sayang maka ia berhukum harus , kata hamba Allah itu lagi.
Abu balik ke rumah dengan susah hati. Direnung muka isteri & 2 anak perempuannya dalam2. Adakah 2 adik lelakinya yg menerima harta pusaka ini akan belas kasihan kepada keluarganya ?
Adakah 2 adik lelakinya yg bertahun tak pernah bersua ini akan bertindak secara adil sebagai wali anak2nya ? Dia tahu & yakin adik2nya akan mencetuskan pelbagai masalah dlm urusan harta pusakanya berdasarkan status hubungan mereka sekarang & masalah peribadi yg adik2nya hadapi.
Abu termenung & susah hati. Dia ada mendengar prinsip fiqh attajlibu masyaqah attaisir ( kesulitan mendatangkan kemudahan ) spt hukum solat itu wajib tetapi musafir dibenarkan untuk jamak qasar. Tetapi kenapa dalam hal ini begitu ketat & rigid sekali ? Dia faham persyariatan faraid & hukum2nya. Tetapi takkanlah tiada ruang langsung untuk dia berhibah ?
Bagaimana pula dia nak buktikan bahawa hibah yg dibuatnya niatnya ialah kerana kasih sayang & bukan kerana nak menafikan hak faraid adik beradiknya ?
Jika hibah melarikan diri dari faraid bagaimana pula dengan kedudukan orang yg menjual keseluruhan hartanya semasa hidup sehingga dia tidak ada harta lagi ketika mati ? Bagaimana pula dengan Sulaiman Al Rajhi yg telah menginfaqkan keseluruhan hartanya sekarang ? Bagaimana pula dengan orang yg mewaqafkan keseluruhan hartanya sekarang ? Adakah orang2 ini juga berdosa kerana perbuatan mereka sekarang menyebabkan tiada harta akan difaraidkan bila mereka mati kelak ?
Bukankah hibah itu berkuatkuasa ketika hidup & prinsip penguasaan harta dalam Islam menegaskan tuan punya harta berhak membuat apa sahaja ke atas hartanya asalkan selari dengan Syariat. Bukankah hibah juga sebahagian dari Syariat ? Ke Hibah ini bukan Syariat ?
Bukankah faraid itu tertakluk kepada harta milik simati ketika dia mati sahaja ? Harta2 yg telah diwaqaf, dihibah , diwasiat , di bawah amanah ( trust ) terkeluar dari faraid kerana tak dianggap harta pusaka.
Abu makin susah hati …. susahnya orang Islam nak merancang harta !
Sumber : Ariffin Sabirin
.
Rancang Kerana Sayang.
Kami di Wasiyyah Shoppe boleh membantu rakyat Malaysia yang ingin meyediakan dokumen hibah, wasiat, amanah dan pengurusan harta.
InsyaAllah boleh hubungi saya.
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Mohd Syamsul
Perunding urus harta dari syarikat pemegang amanah Wasiyyah Shoppe Bhd
wasap.my/60122249895/UrusHarta
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
.