Ada tanah lot lidi. Lot lidi nama tak masuk dalam geran. Boleh ke nak uruskan turunmilik lepas meninggal nanti?
Lot lidi adalah sebidang tanah yang mempunyai geran sah tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan kepada lot kecil untuk dijual semula.
Di Selangor, kerajaan negeri tak iktiraf penjualan dan pemilikan tanah lot lidi. Tiada pampasan jika ada pengambilan tanah dan tanah tidak boleh diwariskan jika ada kematian.
Antara petikan nasihat dari pakar peguam.
KALAU DAH "TERLANJUR" BELI TANAH LOT LIDI, APA NAK BUAT? Apabila saya berkongsi tentang bahaya beli tanah lot lidi, antara soalan femes yang ditanya kan kepada saya adalah "Macam mana kalau saya dah terbeli tanah lot lidi? Apa patut saya buat?" Saya nak kata macam ni lah. Jika kita telah "terlanjur" melakukan sesuatu kesalahan dan kita percaya apa yang kita lakukan itu salah, kembalilah ke pangkal jalan. Janganlah lagi teruskan perbuatan itu. Dan bertaubatlah! Begitu juga dengan kes dah terbeli tanah lot lidi ni. Jika anda dah sedar ianya satu kesalahan, janganlah pasang harapan kononnya masih ada peluang aku akan dapat tanah ni..sebab hakikatnya memang mustahil anda akan dapat tanah lot kalau anda beli lot lidi. Jadi apa tindakan yang boleh dilakukan jika sudah terbeli? Tak kan nak tanggung rugi pulak? Ya. Sudah pasti anda tidak mahu rugi bukan? Jadi nasihat saya, jika anda rasa menyesal sebab dah terbeli tanah lot lidi: 1. Cubalah sedaya upaya untuk dapatkan kembali wang yang anda telah bayar kepada penjual dan tamatkan pembelian tersebut dengan segera. Saya tahu ianya bukan senang untuk dapatkan balik wang yang telah dibayar, tetapi anda perlu berusaha. Jika tidak berusaha manakan dapat hasilnya. 2. Jika perlu sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada peguam tentang tindakan dari segi perundangan yang anda boleh lakukan. Tiada strait forward advice daripada saya tentang perkara ini. Kerana semuanya bergantung kepada case to case basis dan keadaan yang dialami oleh pembeli itu sendiri. Peguam perlu dapatkan keseluruhan fakta yang tepat tentang kes anda dan lihat semua dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum boleh bagi advice tentang tindakan sepatutnya yang boleh lakukan. Ya, mesti anda akan kata, kalau lantik peguam untuk ambil tindakan perundangan sudah pasti anda kena keluar duit lagi. Memang betul. Tetapi itulah "harga" yang anda perlu bayar untuk tebus balik kesalahan anda. Jika daripada awal anda dapatkan nasihat perundangan yang tepat sebelum beli tanah lot lidi, pasti anda tak perlu hadapi semua ini. Tetapi tiada guna bercakap tentang perkara yang dah lepas. Yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana untuk anda hadapi semua ini. Jika anda tanya saya, ada posibiliti tak saya boleh dapat balik duit saya? Wallahuaklam. Saya tiada kemampuan untuk memberi jaminan yang anda akan dapat balik duit tersebut. Tetapi jika anda tidak usaha, anda tak kan tahu hasilnya. Sekurang kurangnya selepas anda berusaha, tetapi bukan rezeki anda untuk dapat semula wang tersebut, redholah..Kerana itulah "harga" yang anda perlu bayar untuk mendapatkan satu ilmu yang sangat berguna untuk anda yang akan anda ingat sampai mati. 3. Berdoalah moga Allah permudahkan urusan anda dan digantikan dengan sesuatu rezeki yang lebih baik pada masa akan datang. 4. Dan sebarkan lah pengalaman anda menjadi mangsa pembelian tanah lot lidi kepada orang lain, supaya orang lain tidak jadi mangsa seperti anda. Insya Allah walaupun anda mungkin tak dapat balik wang anda, tetapi anda akan dapat ganjaran pahala yang sangat besar di sisi Allah kerana telah menyebarkan satu kebaikan dan peringatan kepada orang lain. 5. Satu lagi nasihat saya, jangan pulak pergi jual tanah tu kepada orang lain. Jika anda buat begitu anda pulak akan dapat dosa subahat sama kerana telah menginaya orang lain. Sedangkan anda tahu ianya salah. Balik semula kepada point pertama yang saya nyatakan di atas. Jika telah melakukan kesalahan, kembali ke pangkal jalan. Jangan teruskan kesalahan demi untuk menutup kesalahan. Tak baik buat macam tu. Hidup tak berkat. Wallahuaklam. SALKUKHAIRI ABD SUKOR Timbalan Presiden HARTAGUAM
in Pusaka
Jan29