Back to top

Dec14

Apakah kriteria untuk menjadi saksi kepada Akad Hibah?

Antara keperluan ketika sesi tandatangan dokumen hibah dan rakaman video akad hibah, 2 orang saksi perlu ada sekali ketika itu.

Saksi ini pula bukan sebarangan orang kita boleh panggil minta jadi saksi.

Secara kasarnya saksi ini bukan dari golongan yang ada hubungan keluarga, dan kepentingan dengan si pemberi hibah, penerima hibah dan waris faraid mereka.

Ada pemberi hibah yang senang je cari saksi, boleh panggil jiran, kawan-kawan, rakan sekerja, rakan kongsi, staf sendiri. Dalam masa yang sama dapat tarik minat mereka buat perancangan juga masa masih ada kesempatan ni.

Ada juga pemberi hibah yang rasa mencabar nak panggil saksi ni.

Biar susah sikit sekarang, demi apa yang dihasratkan dapat tercapai sebaiknya dikemudian hari..

Berikut senarai kriteria saksi yang boleh sertai sesi tandatangan dokumen dan rakaman video akad hibah secara offline.

.

Kriteria saksi Akad Hibah.

  • Islam
  • Lelaki Berumur 18 Tahun Ke Atas
  • Sihat Tubuh Badan Dan Waras Akal Fikiran
  • Tanpa Paksaan
  • BUKAN Waris Faraid kepada Pemberi dan Penerima Hibah.
    • Waris Faraid (lelaki) adalah Terdiri Daripada:
      • Suami
      • Ayah Kandung
      • Datuk Kandung Sebelah Bapa
      • Anak Lelaki
  • BUKAN Orang yang Berkepentingan Terhadap Harta Pemberi Dan Penerima Hibah
    [orang yang berkepentingan terhadap harta adalah orang yang mempunyai hubungan baik/tidak baik secara langsung dengan pemberi/penerima hibah]
    • Antara pihak-pihak yang berkepentingan terhadap harta selain daripada waris faraid adalah:
      • Cucu Lelaki daripada Anak Lelaki
      • Anak Saudara Lelaki Seibu Sebapa
      • Sepupu Lelaki Seibu Sebapa
      • Saudara Lelaki Seibu Sebapa
  • Daie (perunding pewarisan) Wasiyyah Shoppe Tidak Digalakkan.
  • Daie adalah pihak yang memperkenalkan instrument perancangan kepada pelanggan. Jika terdapat keperluan, kesaksian daripada daie akan diperlukan oleh mahkamah.
  • Bukan Kakitangan Wasiyyah Shoppe.

in Hibah Hartanah, Perancangan Pewarisan Harta Islam

Baca juga :

  • RANCANG PEWARISAN HARTA
  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

Testimoni

  • Demi kebajikan anak-anak dan diri sendiri
  • Merancang harta bagi memudahkan waris
  • Tak sangka sangat adik beradik saya jadi macam ni
  • Agama bukan penghalang untuk mewarisi
  • AL WASITAH Pelihara Harta, Kasihi Waris
  • Kembara sembang pusaka Alor Setar
  • Kembara sembang pusaka Kota Bharu
  • Kembara sembang pusaka Johor

Isu Pusaka

  • Belasah adik kerana harta
  • Rebut harta pusaka
  • Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
  • Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
  • RM60b harta umat Islam tidak dituntut
  • Maut kerana harta pusaka
  • Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas