Back to top

Jan01

Apa itu hibah hartanah?

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada orang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat.

Hartanah seperti tanah, rumah, lot kedai dan sebagainya adalah aset paling bernilai tinggi dan penting kepada seseorang terutamanya rumah kediaman.

Menghibahkan rumah kediaman adalah langkah yang perlu untuk memastikan ianya jatuh ke tangan ahli keluarga kita yang amat memerlukannya bila kita tiada.

Sanggupkah biarkan kediaman utama kita menjadi hak milik waris yang lain sedangkan anak dan isteri kita lebih memerlukannya?

Apa akan berlaku sekiranya tidak buat hibah?

Sekiranya kita tak buat hibah, setelah meninggal dunia, rumah yang ditinggalkan akan dibahagikan ikut hukum faraid.

Setiap orang berbeza struktur waris dan pembahagian faraidnya.

Contoh sekiranya pemilik rumah adalah seorang suami. Maka pembahagian adalah seperti berikut:

  • Bapa (1/6 daripada bahagian rumah)
  • Ibu (1/6 daripada bahagian rumah)
  • Isteri (1/8 daripada bahagian rumah)
  • Anak-anak (baki bahagian rumah yang kemudiannya dibahagikan mengikut nisbah 2:1 di antara anak-anak lelaki dan perempuan)

Perkongsian harta seperti rumah adalah rumit. Malah, sekiranya si suami yang meninggal dunia, rumah tidak akan menjadi milik isteri sepenuhnya. Oleh yang demikian, hibah merupakan jalan perancangan yang sebaiknya.

Rumah yang masih dalam pembiayaan boleh dihibahkan?

Ia boleh jadi sah atau tidak sah bila buat pengesahan hibah di mahkamah syariah. Bergantung kepada dengan siapa kita buat hibah hartanah itu. Kepakaran, pengalaman dan pengetahuan pihak yang mengendalikan hibah hartanah kita amat penting. Lebih-lebih lagi ia dibuat untuk keperluan orang yang paling penting dalam hidup kita.

Hibah untuk hartanah yang masih dalam pembiayaan, boleh jadi sah. Tetapi ada syarat-syaratnya.

Inilah sebahagian kepakaran di Wasiyyah Shoppe Berhad.

Syarikat pemegang amanah yang menyediakan dokumen hibah terbanyak dan telah berpengalaman luas dalam penyediaan hibah bagi hartanah, hartanah yang masih di dalam pembiayaan bank, saham perniagaan, akaun bersama di bank, barang kemas, kenderaan, saham koperasi dan akaun tabung haji.

MOU antara Wasiyyah Shoppe dengan fakulti pengajian Islam UKM
Penyedia dokumen hibah terbanyak di Malaysia.

Harta yang telah sempurna dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.

Sebaliknya harta yang telah dihibah itu akan dimiliki oleh penerima hibah seperti yang ditetapkan oleh pemberi hibah semasa hidupnya.

.

Jalan terakhir sekiranya rumah tidak dihibahkan

Jika semua waris tidak mampu mencapai kata putus, maka jalan yang terakhir adalah menjual rumah berkenaan.

Memang perit sekiranya anak dan isteri kita kemungkinan terperangkap dalam perebutan harta pusaka apatah lagi untuk melepaskan rumah yang menyimpan banyak memori indah. Dengan cara ini sahaja, boleh mengelakkan persengketaan yang berpanjangan dalam kalangan ahli keluarga dan ipar duai.

Untuk mengelak situasi sukar ini berlaku kepada ahli keluarga kita, buatlah perancangan pewarisan harta anda segera.

.

Bagaimana nak buat?

Berita baik..

Norma baharu di Wasiyyah Shoppe Berhad, buat perancangan pewarisan harta pun boleh online!

NAK BUAT HIBAH HARTANAH HARI INI SANGAT MUDAH DI Wasiyyah Shoppe Bhd.

Segalanya di atas talian. Tak perlu bersemuka, jadi ZERO risiko Covid19.

Pemberi & penerima hibah boleh berada di mana-mana seluruh dunia tak perlu berkumpul dalam satu majlis. Sekali lagi ZERO risiko Covid19..

Pembayaran semuanya atas talian. Tak perlu hulurkan duit tunai. Pun ZERO risiko Covid19.

Jom rakyat Malaysia. Segala2nya kini mudah untuk merancang harta. Jangan bertangguh lagi.

Alhamdulillah di waktu pendemik ini saya telah bantu ramai yang prihatin dengan perancangan pewarisan harta secara online.

Boleh dapatkan quotation hibah hartanah anda secara percuma dengan Whatsapp saya di link dibawah ini.

Mohd Syamsul

Perunding Pancangan Pewarisan Harta Islam

012-224 9895
Maklumat lanjut dan pendaftaran
Whatsapp

in Blog

Baca juga :

  • RANCANG PEWARISAN HARTA
  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

Testimoni

  • Demi kebajikan anak-anak dan diri sendiri
  • Merancang harta bagi memudahkan waris
  • Tak sangka sangat adik beradik saya jadi macam ni
  • Agama bukan penghalang untuk mewarisi
  • AL WASITAH Pelihara Harta, Kasihi Waris
  • Kembara sembang pusaka Alor Setar
  • Kembara sembang pusaka Kota Bharu
  • Kembara sembang pusaka Johor

Isu Pusaka

  • Belasah adik kerana harta
  • Rebut harta pusaka
  • Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
  • Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
  • RM60b harta umat Islam tidak dituntut
  • Maut kerana harta pusaka
  • Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas