APA BEZA HIBAH MUTLAK & HIBAH BERSYARAT? APA PILIHAN ANDA?
HIBAH MUTLAK.
Ada institusi menggunapakai hibah mutlak bagi hibah amanahnya. Ini bersesuaian dengan takrifan hibah itu sendiri iaitu pemberian yang dibuat tanpa balasan.
Kesan hibah mutlak ialah sekiranya penerima mati maka harta yg dihibah akan menjadi milik mutlak waris2 penerima mengikut hukum faraid.
Walaupun pemberi masih hidup dia perlu melepaskan harta itu untuk diserahkan kepada waris-waris pemberi.
Pengalaman di Wasiyyah Shoppe Bhd, masyarakat kurang memilih hibah mutlak kerana ia tidak menjaga kebajikan pemberi itu sendiri.
Baberapa senario hibah mutlak wujud :
1. Kes pasangan suami isteri yg tidak mempunyai anak kandung.
Suami akan keberatan untuk menghibah hartanya kepada isteri kerana jika isteri mati dulu , harta itu akan diserah kepada waris2 isteri yg mana suami hanya dapat 1/2 sahaja dari harta itu. 1/2 lagi utk waris2 isteri yg lain seperti ibubapa atau adik beradiknya. Suami masih hidup ttp harta yg asal miliknya hanya akan diperolehinya balik 1/2 sahaja.
2. Kes pasangan yang ada anak angkat.
.
Ibubapa angkat akan keberatan untuk menghibahkan harta kpd anak angkat kerana jika anak angkat mati dulu maka harta itu akan pergi kpd waris2 hukum faraid anak angkat itu yg langsung tiada kena mengena dengan ibubapa angkat itu. Ibubapa angkat tiada sebarang hak langsung ke atas harta yg asalnya milik mereka.
3. Ibubapa yg ada menantu yg tidak favorable.
Ibubapa ingin menghibahkan hartanya kepada anak tetapi kurang “minat” dengan menantu ( pasangan anaknya) . Ini realiti kehidupan yg sya jumpa selalu. Bukan semua menantu memenuhi kriteria menantu idaman kita. Bila anak mati dulu dari ibubapa , maka menantu juga ada bahagian dari harta tersebut sedangkan asalnya harta itu milik ibubapa. Tambah mengharukan lagi menantu itu berkahwin semula dengan pasangan baru selepas kematian anak kita menggunakan harta kita !
Ini antara beberapa senario yg boleh dikongsikan malah sebenarnya banyak lagi senario2 kritikal yang lain.
HIBAH BERSYARAT.
Hibah amanah juga mengadaptasi hibah bersyarat. Pemberi boleh menggunakan wang di dalam akaun selagi pemberi masih hidup / penerima masih hidup. Jika salah seorang mati maka terbatallah syarat ini.
Fuqaha sependapat bahawa penentuan syarat balasan ini adalah dibenarkan dalam hukum syarak. Sebagai rujukan undang2 sivil Jordan juga membenarkan hibah dengan syarat balasan ini dengan syarat ia tidak bercanggah dgn hukum syarak.
KESIMPULAN
HIBAH TABUNG HAJI.
Ia merupakan hibah mutlak dengan adaptasi hibah dgn syarat balasan sebagai pelengkap. Ia menjaga kebajikan pemberi dari sudut hak menggunakan wang selagi pemberi / penerima masih hidup. Namun jika penerima mati dulu ia perlu diserahkan kepada waris2 penerima ikut hukum faraid.
HIBAH BERSYARAT RUQBA.
Bagi menjaga maslahah semua pihak, Wasiyyah Shoppe Berhad memberi pilihan kepada umat Islam untuk memilih di antara hibah mutlak & hibah bersyarat ruqba.
Hibah bersyarat ruqba bermakna bila pemberi mati barulah harta dipindahmilik kpd penerima. Tetapi jika penerima mati dulu , harta akan berpatahbalik kepada pemberi & dia boleh menghibahkan harta itu kepada pihak lain pula.
Konsep hibah ruqba ini dapat menyelesaikan maslahah 3 senario yg di sebut di atas. Fuqaha sependapat bahawa hibah ini sah tetapi syarat ruqba itu batal. Namun ada pandangan tabiin seperti Muhammad Al Qassim & Ibn Al Arabi bersetuju dengan hibah ruqba.
Di Malaysia hakikatnya hibah ruqba sudahpun berjalan & digunapakai oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi akaun bersama semenjak 2003 manakala bagi Hibah Takaful di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 sudahpun mengkanunkan hibah ruqba.
PILIHAN ANDA
Jadi sekiranya anda diberi pilihan , adakah anda akan pilih hibah mutlak atau hibah ruqba ? jawapannya ialah lihat kepada maslahah anda. Kedua2 bentuk hibah bersesuaian bagi orang tertentu dalam maslahah tertentu.
Bukan semua orang sesuai memilih hibah mutlak & bukan semua orang juga sesuai pilih hibah ruqba. Renungkan.
Rancang Kerana Sayang.
Kami di Wasiyyah Shoppe boleh membantu rakyat Malaysia yang ingin meyediakan dokumen hibah, wasiat, amanah dan pengurusan harta.
InsyaAllah boleh hubungi saya.
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Mohd Syamsul
Perunding urus harta dari syarikat pemegang amanah Wasiyyah Shoppe Bhd
wasap.my/60122249895/UrusHarta
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
.