Back to top

Aug01

Adakah dah kena covid tak boleh buat perancangan pewarisan harta?

Ia ada kaitan dengan maradulmaut (marad al mawt), sakit yang boleh membawa kematian.

Pesakit itu menghidapi penyakit secara berterusan, mengganggu fikirannya dan akhirnya meninggal dalam tempoh setahun.

Selalunya ia dikaitkan dengan pesakit kanser.

Dia tahu akan penyakit yang dihidapi, dia jadi risau dan banyak perkara yang mengganggu fikiran dia. Kemudian dia meninggal, didalam tempoh setahun dari mula-mula dia didiagnos. Ini contoh keadaan maradulmaut.

Jika dia ada buat perancangan pewarisan harta contohnya sepeti hibah didalam situasi ini, ada pihak yang cabar hibah itu, maka hibah yang telah dibuat itu boleh terbatal.

Bila terbatal, harta yang dihibahkan itu jadi harta pusaka biasa. Menjadi hak semua waris faraid samaada pembahagian ikut seperti dihibahkan, ikut pembahagian faraid atau ikut secara muafakat sesama mereka.

Jadinya, kemungkinan besar tak tercapailah hasrat simati mengikut apa yang dirancangkan ketika hidupnya.

Hukum syarak menetapkan sebegitu kerana simati buat hibah bila dia dah tahu akan ajalnya semakin hampir kesan daripada kerisauan akibat penyakit yang dihidapi. Sedangkan jika dia sedang sihat, mungkin dia tak buat hibah itu.

Sebab itu sejak sekian lama di Wasiyyah Shoppe sentiasa mempromosikan kalau nak buat hibah kenalah buat ketika sihat wal-afiat untuk elakkan risiko maradulmaut ini

.

SENARIO PESAKIT COVID-19

Bagi mereka yang buat hibah setelah dijangkiti covid-19. Memang ada risiko hibahnya boleh dibatal sekiranya dia meninggal dunia akibat covid-19 dalam tempoh setahun dia disahkan positif.

Sekiranya pesakit covid-19 nak buat perancangan pewarisan, dia boleh buat wasiat sahaja, hibah sudah berisiko untuk dibuat kerana mungkin tidak berkuatkuasa.

Mengikut hukum syarak, wasiat pembahagian hanya sah kepada bukan waris dan terhad kepada 1/3 sahaja daripada jumlah semua harta. Jika buat pembahagian kepada dikalangan waris, ia sah jika dipersetujui semua waris. Jika salah seorang waris tak setuju, wasiat pembahagian harta itu terbatal.

.

RANCANG PEWARISAN HARTA SEMASA SIHAT SEKARANG

Lain pula jika telah selesai buat hibah, beberapa bulan kemudian dijangkiti covid-19, kemudian ditakdirkan meninggal sebab covid-19.

Ia tak dikira buat hibah dalam keadaan maradulmaut (marad almawt). Hibah yang dibuat insyaAllah tak terjejas.

Melihat situasi semasa, ramai kenalan dan sudara mara yang telah meninggal akibat covid-19. Kes positif juga tinggi setiap hari.

Boleh dikatakan risiko terkena jangkitan covid-19 lebih tinggi daripada risiko mendapat kemalangan jalan raya.

Lagi-lagi bila dikatakan terdapat kes berkaitan varian delta yang kesannya lebih merbahaya dan lebih mudah tersebar.

Kesimpulannya, anda rasa ahli keluarga anda perlu mewarisi harta anda? Masih sihat dan tak disahkan positif covid-19 lagi? Buatlah perancangan pewarisan harta segera agar hasrat anda untuk keluarga tercinta dapat terlaksana.

ABS Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

.

Klik link dibawah untuk temujanji khidmat nasihat percuma perancangan pewarisan harta secara online.

Temujanji Online

Mohd Syamsul
Perunding Pewarisan harta Islam
(Hibah, Wasiat, Amanah, Pusaka dan Faraid)
Kausar Wealth management Sdn Bhd
Agensi No. 1 Syarikat Amanah
Wasiyyah Shoppe Bhd

.

Jom Kongsikan pada keluarga, rakan-rakan untuk dimanfaatkan bersama.

facebook
twitter
pinterest
linkedin

in Blog, Hibah Hartanah, Perancangan Pewarisan Harta Islam

Baca juga :

  • RANCANG PEWARISAN HARTA
  • DAH MATI FARAID JE LAH .. APA SUSAH !
  • Kita sebenarnya meninggalkan beban kepada waris, tanpa disedari
  • Seorang isteri yang kematian suami
  • Golongan kritikal perlu buat hibah hartanah
  • HIBAH HARTA MASIH DALAM PEMBIAYAAN BANK (BERCAGAR)
  • Penyelidikan ilmiah hibah hartanah bercagar
  • SAYA DAH BUAT HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN ANAK ANAK, CUKUP LAH
  • BERDOSAKAH AKU BILA MEMBUAT HIBAH ? (Bahagian 1)

Testimoni

  • Demi kebajikan anak-anak dan diri sendiri
  • Merancang harta bagi memudahkan waris
  • Tak sangka sangat adik beradik saya jadi macam ni
  • Agama bukan penghalang untuk mewarisi
  • AL WASITAH Pelihara Harta, Kasihi Waris
  • Kembara sembang pusaka Alor Setar
  • Kembara sembang pusaka Kota Bharu
  • Kembara sembang pusaka Johor

Isu Pusaka

  • Belasah adik kerana harta
  • Rebut harta pusaka
  • Mama pesan jangan bergaduh, rebut harta
  • Ibu Allahyarham Jamaludin saman 2 cucu tuntut harta pusaka
  • RM60b harta umat Islam tidak dituntut
  • Maut kerana harta pusaka
  • Mangsa Simbah Asid Oleh Keluarga Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas