A-LifeLink-i adalah pelan perlindungan takaful berkaitan pelaburan fleksibel yang berasaskan syariah. Ia sebuah pelan yang memerlukan anda menjadi ahli dan membuat komitmen bayaran sumbangan takaful berkala untuk menerima manafaat perlindungan pelan asas iaitu sejumlah perlindungan wang pampasan akibat kematian juga wang pampasan akibat hilang upaya. Disamping itu peserta pelan ini juga dapat menikmati manafaat sebahagian daripada hasil pelaburan yang diperuntukkan didalam akaun mereka.
A-LifeLink-i turut memberi pilihan untuk menambah keperluan manafaat perlindungan takaful anda dengan melampirkan rangkaian rider-rider tambahan yang miliki ciri-ciri manafaat tertentu yang dapat memenuhi keperluan setiap individu yang berbeza.
Sebagai penghargaan kepada pelanggan yang beri komitmen yang baik, pelan ini juga memberi bonus ulang tahun sebanyak 1% daripada jumlah perlindungan asas setiap tahun, bermula dari ulang tahun kedua sijil. Peningkatan automatik ini adalah tanpa sebarang caj tambahan dan akan diteruskan sehingga mencapai 120% daripada jumlah awal perlindungan. Pelanggan yang memilih untuk melampirkan rider penyakit kritikal A-Plus CriticalCare-i dibawah pelan ini juga akan menikmati peningkatan jumlah dilindungi untuk rider ini.
Sertai AIA Vitality, sebuah program keahlian yang secara aktif menyokong dan beri ganjaran sekiranya anda membuat pilihan hidup lebih sihat.
Apabila anda mendaftar sebagai ahli Vitality atas penyertaan anda dalam pelan perlindungan takaful A-LifeLink-i, anda akan mendapat perlindungan tambahan pada sijil A-LifeLink-i anda yang dipanggil Cover Boost. Ini bermakna melalui Cover Boost, anda boleh mendapatkan liputan jumlah perlindungan awal tambahan sehingga 45% daripada jumlah perlindungan A-LifeLink-i anda, tanpa perlu membayar apa-apa bayaran sumbangan tambahan.
Fleksibiliti Dalam Pelan Perlindungan Anda
Perlindungan Asas A-LifeLink-i
Pelan perlindungan takaful A-LifeLink-i ini didatangkan berserta perlindungan asas yang anda boleh tentukan jumlah nilai perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan masa hadapan orang yang dilindungi samaada diri anda sendiri mahupun orang yang anda sayang. Ia adalah seperti berikut:
Perlindungan Tambahan (Rider) A-LifeLink-i
Untuk memiliki pelan perlindungan takaful yang komprehensif bersesuaian dengan risiko dan keperluan masa depan orang yang dilindungi, pelan perlindungan takaful A-Lifelink-i ini juga boleh dilampirkan dengan rider-rider berikut:
Sediakan Perlindungan dan Buat Simpanan
Pelan Perlindungan Takaful Berkaitan Pelaburan ini menawarkan perlindungan yang fleksibel, dan simpanan dari masa ke semasa, bagi memenuhi keperluan anda yang sentiasa berubah.
Anda akan miliki akaun simpanan yang disebut Nilai Akaun (Cash Value). Sebahagian bayaran sumbangan takaful anda akan dimasukkan ke dalam nilai akaun ini.
Akaun simpanan ini juga diguna untuk menampung Akaun Perlindungan untuk membayar kos takaful atau Tabarru’ yang meningkat, sekiranya tidak mencukupi.
Anda mempunyai fleksibiliti untuk meningkatkan jumlah simpanan apabila anda mempunyai wang lebih atau membuat pengeluaran apabila anda memerlukannya.
Dengan pelan ini, anda bukan sahaja menyediakan perlindungan, tetapi dalam masa yang sama anda membuat sedikit simpanan jangka panjang, sama ada ia untuk pendidikan anak, untuk mengerjakan ibadah haji atau untuk tambahan simpanan persaraan anda..
Ganjaran Perlindungan Tambahan untuk Ahli AIA Vitality
Apabila anda mendaftar sebagai ahli Vitality atas penyertaan anda dalam pelan perlindungan takaful A-LifeLink-i ini, anda akan mendapat perlindungan tambahan pada sijil A-LifeLink-i anda yang dipanggil Cover Boost. Ini bermakna melalui Cover Boost, anda boleh mendapatkan liputan jumlah perlindungan awal tambahan sehingga 45% daripada jumlah perlindungan A-LifeLink-i anda, tanpa perlu membayar apa-apa bayaran sumbangan tambahan.
Apakah itu Cover Boost?
- Ia adalah perlindungan tambahan sekiranya berlaku kematian atau HUMK.
- Cover Boost mungkin berubah setiap tahun berdasarkan Status AIA Vitality anda atau jika anda membuat apa-apa perubahan kepada pelan A-LifeLink-i anda.
- Ia akan dibayar sebagai wang tunai (jika ada) pada umur 55 atau tahun ke-20 (yang mana kemudian). Selepas itu, Cover Boost akan ditamatkan.
Mekanisme Cover Boost
Senario: Encik A menjadi ahli AIA Vitality dan menyertai pelan A-LifeLink-i dengan amaun perlindungan sebanyak RM100,000. Beliau juga melampirkan 5 rider faedah tambahan kepada pelan yang disertai.
Tambahkan peratusan Cover Boost:
Bagi setiap tahun berikutnya, Cover Boost boleh berubah berdasarkan Status AIA Vitality anda.
Berikut adalah rider faedah-faedah tambahan yang boleh menyumbang kepada pengiraan Cover Boost:
AIA Vitality adalah program keahlian yang membantu anda memantau tahap kesihatan dan memberi motivasi dengan menyediakan ganjaran manafaat-manafaat hebat sekiranya anda memilih hidup lebih aktif dan sihat. Ketahui lebih lanjut disini. >>Pilih Sihat Dapat Ganjaran – AIA Vitality<<
Siapa Sesuai Daftar Pelan A-LifeLink-i Ini?
Pelan ini boleh disertai oleh individu yang berumur di antara 16 ke 70 tahun.
- Untuk individu yang memerlukan perlindungan takaful yang miliki ciri-ciri manafaat perlindungan pelbagai didalam satu pelan.
- Bayaran sumbangan takaful berkala pelan ini kekal tidak meningkat, selagi jumlah didalam Nilai Akaun mampu tampung kenaikkan kos takaful anda. Sesuai untuk yang tidak mahu pelan yang bayaran meningkat untuk dihari tua nanti..
- Bagi individu yang ingin menyediakan pelan kad perubatan sekeluarga didalam satu pelan untuk penjimatan. Pelan ini boleh disertakan rider kad perubatan pakej : Individu, individu+pasangan, individu+pasangan+anak-anak atau individu+anak-anak.
- Untuk menyediakan pelan penggantian pendapatan, bagi menggantikan pendapatan yang sudah tak dapat diteruskan akibat masalah kesihatan anda.. (Income protection plan)
- Untuk yang ingin sediakan dana hibah kepada waris sebagai perbelanjaan mereka jika anda meninggal dunia saat mereka masih memerlukan anda.
- Untuk anda yang sukakan motivasi dengan mendapat ganjaran dan peningkatan perlindungan jika mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan sertai pelan ini bersama keahlian AIA Vitality
Untuk kadar caruman tahunan dan detail manafaat kad perubatan yang lengkap, bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga, boleh klik di bawah.
.
Suka post ni? Comment. Share.
May16