Back to top

Feb14

BAGAIMANA MEMILIKI 3 BUAH RUMAH DALAM MASA 16 BULAN (untuk bergaji rendah)

Assalamualaikum.

Mintak maaf tak sempat nak reply satu satu PM yang diterima.
Di sebabkan ramai yang tanya macam mana cara saya beli 3 biji rumah selepas 1 tahun 4 bulan bekerja, jadi saya kongsikan secara umum sahaja di sini.

Gaji basic : RM2,400
Mula kerja : Feb 2014 (Fresh graduate)
Part time: Sublet 1 unit Cashflow (RM200)
Bilik Sewa free sebab duduk sekali dgn rumah sublet
Asset : 15g gold bar (kumpul masa student)
Cash : RM1,000 (kumpul masa praktikal 5 bulan (RM200 sebulan)

➡ RUMAH PERTAMA (JUN 2014) 🏠:
Apartment Harmoni, Damansara Damai
Selling Price : RM55,000
Bank Value : RM65,000
Deposit : RM5,500

💵 Cara kumpul Deposit : net gaji dalam RM2,100, saving RM1,200 (Nampak macam banyak, try first)..Balance RM900 (RM500 parent, balance RM400 untuk makan minum, minyak motor, dll), hidup bujang masa terbaik untuk saving.
RM400 : seminggu RM100 (pandai2 la pusing duit untuk makan, topup, minyak motor)

💵 Tips : Saving, cuba hidup miskin untuk 3 bulan. InsyaAllah hidup lagi.
RM200 duit dari sublet guna sebagai emergency plan, tak cukup lagi, pajakkan 15 gold bar dekat arrahnu.

💵 Saving : RM1,200 x 4 bulan (Februari – May)= RM4,800
Total cash : RM4,800 + RM1,000 = RM5,800
Cukup dah bayar deposit 10%

➡ RUMAH KEDUA (JANUARI 2015) 🏠:
Apartment Mesahill@Nilai(Underconstruction)
Price : RM169,000++
Loan 100%. (10% discount by developer)
Refundable booking RM3,000
Cara kumpul deposit sama je macam rumah pertama, ulang setiap bulan.

➡ RUMAH KETIGA (JUN 2015) 🏠:
Apartment Kenanga, Putra Perdana, Puchong
Price : Rm118,000
Bank Value : RM155,000
Loan 70% : RM108,500
Deposit : RM11,800
Cara Kumpul deposit: Cash dari rumah pertama RM9,000 , balance lagi RM2,000 tu kumpul setiap bulan macam biasa.

Setiap rumah ada cerita dan cara nya sendiri, panjang untuk di ceritakan di sini. Kalau ada yang nak tahu lebih detail, InsyaAllah saya boleh kongsikan masa akan datang.

❌ Setiap orang ada objektif dan strateginya sendiri dalam beli rumah (Flipping, rental income, appreciation dll).

❌ Setiap langkah seperti cantikkan bank statement,cara kira DSR, cara untuk lepas loan, cari rumah below market value dan pemilihan rumah semuanya perlukan ilmu. Boleh join seminar atau beli buku.

❌ Cara saya, pergi MPH atau Popular, lepak sejam setiap minggu, cari buku pasal property, dapat ilmu free.

❌ Terima Kasih Tuan Azizul Azli Ahmad beri saya peluang untuk berkongsi dengan ramai kawan Facebook.

Sumber :https://www.facebook.com/muhamadiqbal.hafifi.5/posts/370159446528129

 

TIPS TAMBAHAN:

1. Jangan beli kereta atau ambil personal loan dahulu kerana akan menyebabkan DSR semakin tinggi
2. Beli rumah yang murah terlebih dahulu untuk dapatkan “SEWA” sebagai tambahan pendapatan.
3. Rumah Master title lebih 10 tahun tidak semua bank akan beri Financing.
4. Sewakan rumah ikut bilik untuk dapatkan kadar sewa yang lebih tinggi.
5. Buat matlamat untuk beli rumah 3 hingga 6 bulan
6. Pilih kawasan yang mudah untuk disewa (Berdekatan university, office, shopping complex, hospital, exit highway dll)
7. Pilih rumah murah pada peringkat awal untuk elak beban kewangan yang tinggi.
8. Tenancy agreement pastikan stamping
9. Setiap hujung bulan baki akaun dalam bank jangan 0
10. Cycle untuk beli rumah untuk makan gaji seeloknya 6 bulan sekali.
11. Takaful menunjukkan anda seorang yang berisiko rendah
12. Hidup miskin untuk rumah pertama sahaja, kemudian hidup menjadi normal
13. Ada info yang tidak boleh dikongsi secara umum.
14. Pilih lawyer yang mudah untuk berurusan dan membantu.
15. Gunakan kad kredit sebagai facility dalam hartanah
16. Buat kerja tambahan untuk tampung perbelanjaan bukan untuk kaya.
17. Rumah murah memang ada, kena rajin cari.
18. Tambah ilmu pengurusan kewangan peribadi
19. Beli rumah ikut kemampuan diri sendiri,bukan ikut orang lain
20. Sentiasa negotiate
21. Harga rumah akan jatuh?Abaikan, 30 tahun lepas pun ramai yang cakap.
22. Wajib pilih kawan yang mempunyai objektif yang sama.

Semoga menjadi rujukan rakan-rakan untuk beli rumah.
Jangan tunggu beli rumah, tetapi beli rumah dan tunggu.

 

Cerita penuh boleh baca di sini https://goo.gl/jI6Vy9

 

Muhamad Iqbal Hafifi

in Hartanah, Nota Best

Hartanah Untuk Dijual

  • Klang
    • Teres 2 tingkat
  • Kota Damansara
    • Apartment
  • Shah Alam
    • Apartment
    • Teres Setingkat
  • Kajang
    • Teres 2 tingkat
  • Temujanji

Popular Posts

May
24

Anak dan pasangan mungkin akan terambil hak waris lain
Anak dan pasangan mungkin akan terambil hak waris lain!posted by Syamz Maksimas

Mar
15

Aku Yang Berjasa, Kamu Yang Dapat Laba!posted by Syamz Maksimas

Mar
08

Jom Buat E-Filing
Pelepasan Cukai Takaful 2025posted by Syamz Maksimas

HARTANAH UNTUK DIJUAL

Projek perumahan terkini

ISI BORANG DISINI UNTUK INFO HARTANAH UNTUK DIJUAL TERKINI

PROJEK PERUMAHAN TERKINI

violet12A

Link Berkaitan

  • Kalkulator Pinjaman Rumah
  • The Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia
  • Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan
  • Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Syamsul : Real Estate Negotiator

  • LocationLocation: Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • PhonePhone: +6(012) - 224 9895
  • EmailEmail: usahasul[@]gmail.com

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas