TIPS TAKAFUL (TAHAP PALING MUDAH)
- Medical card, untuk bayar bil hospital.
- Takaful hayat bantu bagi duit pampasan setelah meninggal dunia atau hilang upaya.
- Takaful penyakit kritikal, kebiasaanya sekali dengan takaful hayat, bagi pampasan bila dapat penyakt kritikal tahap kritikal.
- Medical card, tak boleh cover pembiayaan perumahan bila meninggal dunia.
- Takaful hayat, waris boleh bayar baki pembiayaan rumah guna duit pampasan kematian.
- Medical card Ibu bapa tidak boleh tampung perbelanjaan keluarga.
- Takaful hayat dan penyakit kritikal, boleh tampung perbelanjaan keluarga bila dapat pampasan.
- Medical card untuk elak simpanan terjejas akibat kos pembedahan yang tinggi.
- Takaful penyakit kritikal untuk sediakan keperluan perubatan dan kehidupan sepanjang sakit.
- Medical card untuk dapatkan rawatan yang cepat dan selesa.
- Takaful hayat dan penyakit kritikal untuk masa depan diri dan keluarga.
Jadi nak ambil yang mana? Tiga-tiga pun penting dan perlu.
- Ambil medical card investment link, dalam tu ada manafaat pampasan kematian dan penyakit kritikal yang paling rendah. Kira asal ada daripada tak ada langsung.
- Kemudian daftar takaful hayat dan penyakit kritikal yang boleh tampung pendapatan kita untuk 5 ke 10 tahun.
- Kemudian daftar takaful hayat sahaja yang memang khas untuk manafaat pampasan kematian untuk diberikan kepada keluarga yang ditinggalkan. Sebab, kalau dah dapat penyakit kritikal, takaful hayat yang ada manafaat penyakit kritikal tu akan tamat sebab dah dapat pampasan.
- Kemudian takaful hayat khas untuk wakaf. Buat absolute assignment terus ke syarikat amanah untuk beri kepada wakaf selangor. Untuk keluarga kita dah sediakan, jadi untuk diri sendiri punya bekalan pun kena sediakan juga..
Setelah beberapa tahun kemudian, mungkin taraf hidup, jumlah ahli keluarga, komitmen dan keperluan juga berubah. Jumlah manafaat perlindungan takaful kita juga perlu seiring dengan perubahan hidup kita.