Terlihat satu video seorang perunding takaful. Gigih bercerita tentang harta pusaka kalau nak tuntut ada kos yang perlu dibayar sebelum waris dapat harta berkenaan. Di sebut kos “disbursement” 5%. Kalau harta pusaka RM 1 juta katanya, waris nak tuntut kena bersedia dengan duit RM50K i.e 5% dari nilai harta pusaka.
So jalan paling mudah nak sediakan duit RM 50K itu katanya ialah dengan sediakan pelan takaful dan hibahkan kepada isteri dengan pesanan supaya RM50K itu diguna untuk bayar kos “disbursement” barulah isteri dapat miliki harta2 pusaka yang ditinggalkan.
PUSING JAUH…
Jauh betul musingnya. Nak pergi Johor Bahru dari KL dia lalu Ipoh – Gerik – Kota Bharu – Kuala Trganu – Kuantan – Mersing – Kota Tinggi baru sampai JB.
Kami di Wasiyyah Shoppe boleh tolong beri jalan lebih mudah. Masuk highway PLUS terus je sampai JB.
.
PENJELASAN :
1. DISBURSEMENT 5%
Memang ada peruntukan tentang fi pengurusan pusaka di dalam Seksyen 43 Akta Probet & Pentadbiran 1959. Itu ialah “fi” & bukan “disbursement”. Fi ialah caj pengurusan pusaka yang dikenakan oleh pihak profesional bagi perkhidmatan mereka. “Disbursement” ialah kos2 rampaian seperti perjalanan, percetakan, kos peguam, kos carian dll yang mungkin dikeluarkan sepanjang proses itu.
Ada beza antara fi pengurusan pusaka dengan “disbursement”. Yang dibenarkan dalam Akta Probet tu ialah fi dan bukan “disbursement“. Disbursement tidak dikawal dan boleh jadi berapa sahaja.
.
2. HIBAHKAN TAKAFUL UNTUK BAYAR KOS PUSAKA
Apabila manfaat pampasan kematian takaful telah dihibahkan kepada isteri maka ia milik mutlak isteri. Anda pesanlah apapun kat dia, minta bayar kos “disbursement” ke atau apa2 sekalipun, kalau dia tak mahu bayar, tiada hukum atau undang2 yang dapat mengikat dia. Sukahati dialah nak buat apa dengan duit Itu.
.
.
CARA PALING MUDAH DAN SIMPLE.
Tak perlu usik duit pampasan kematian RM50K dari takaful Itu. Biarlah isteri enjoy dan belanja duit Itu ikut cara dan keperluan dia. Suami ambillah sijil takaful hayat dengan jumlah perlindungan sampai RM10 juta sekalipun dan hibahkanlah ia kepada isteri sebagai bukti kasih suami.
Kemudian langgan sahaja keahlian AL WASITAH dari Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia. Lepas mati nanti TIADA KOS pusaka 5% yang waris perlu bayar.
Wasiyyah Shoppe bantu waris lalui semua proses tuntutan harta pusaka PERCUMA je.
Ramai orang Malaysia tak tahu rupanya Wasiyyah Shoppe urus pusaka PERCUMA melalui AL WASITAH !
Masuk highway sungai besi terus sampai JB, tak payah pusing jauh2 susahkan diri.
.
.
Ingin saya bantu merancang pewarisan harta anda?
Ramai yang telah saya bantu mereka yang merancang sekiranya ajal telah sampai suatu hari nanti, mereka mahu meninggal dengan tenang dan tidak mahu meninggalkan masalah kepada waris.
Sekiranya hasrat anda seperti mereka juga, berminat diberi penerangan dan konsultansi solusi perancangan pewarisan harta Islam yang boleh kami tawarkan, secara sesi 1 on 1.
Boleh pilih samaada penerangan secara online (zoom), di pejabat agensi kami (di Kota Damansara) atau di pejabat dan rumah anda.
Klik link dibawah:
.
.
Mohd Syamsul
Membantu umat Islam buat perancangan pewarisan masa hidup supaya mudah urus harta peninggalan dan elak konflik sesama waris.
in Al-Wasitah, Daie Mawarith Sepanjang Hayat, Pengetahuan Pewarisan Harta Islam, Perancangan Pewarisan Harta Islam, Wasiyyah Shoppe Berhad
Jun02