Membantu memberi solusi perancangan kewangan mengikut situasi dan matlamat setiap individu yang berbeza-beza melalui pelbagai pilihan produk kewangan yang terdapat dipasaran.
.
Pelan Perlindungan Takaful Keluarga
Tak perlu pening lagi untuk survey pelan takaful yang sesuai dari pelbagai syarikat. Saya seorang sahaja dah cukup.
Memiliki lesen sebagai penasihat kewangan berdaftar (Islamic Financial Advisor Representative iFAR) yang ada akses dan boleh beri solusi perancangan risiko kewangan dari pelbagai syarikat penyedia perlindungan takaful keluarga.
Antara syarikat penyedia perlindungan takaful keluarga seperti :
- AIA Public Takaful
- Hong Leong MSIG Takaful
- Zurich Takaful
- Great Eastern Takaful
- Etiqa Takaful
- Takaful Ikhlas
- Sun Life Takaful
- Pru BSN Takaful
.
Anda boleh mendapatkan cadangan pelan takaful paling sesuai untuk anda dan keluarga dengan menggunakan pengalaman saya menjadi perunding takaful keluarga sejak tahun 2014 lagi.
Antara jenis pelan takaful yang saya boleh cadangkan:
- Takaful Perlindungan Hayat
- Takaful Perlindungan Perubatan
- Takaful Perlindungan Penyakit Kritikal.
- Takaful untuk kanak-kanak.
- Takaful dijamin lulus untuk mereka yang ada masalah pendaftaran biasa seperti kesihatan dan risiko pekerjaan.
- Takaful Simpanan dan Pelaburan.
- Takaful Perlindungan Kemalangan.
.
.
.
Takaful Manafaat Pekerja
Hargai aset terpenting syarikat anda melalui penyelesaian manfaat pekerja menyeluruh buat mereka dan keluarga mereka.
Boleh beri cadangan yang sesuai dengan keperluan syarikat anda dari pelabagai syarikat takaful seperti AIA Public Takaful, Pru BSN, Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia.
Manafaat takaful perlindungan pekerja merangkumi:
- Manafaat rawatan di hospital panel
- Manafaat rawatan di klinik panel
- Manafaat group term takaful hayat
.
.
.
Takaful Am
Takaful Am juga dikenali sebagai Takaful Harta & Kasualti.
- TAKAFUL MOTOR
- Kenderaan Persendirian
- Kenderaan Perdagangan
- Motosikal
- TAKAFUL BUKAN MOTOR
- TAKAFUL KEBAKARAN
- Takaful Kebakaran Asas
- Takaful Empunya Rumah
- Takaful Isi Rumah
- Takaful Kerugian Turutan
- TAKAFUL PELBAGAI
- Takaful Kecurian
- Takaful Liabiliti
- Takaful Kemalangan Diri
- Jaminan Kesetiaan dan Bon
- Takaful Penerbangan
- Takaful Kejuruteraan
- TAKAFUL MARIN
- Marin Kargo
- Marin Rangka Kapal
- Marin Tambang (Marine Freight)
- Marin Risiko Pembinaan Kapal
- TAKAFUL KEBAKARAN
.
.
.
Portfolio Pelaburan Patuh Shariah
Kembangkan ekonomi dan potensi kekayaan anda melalui pilihan portfolio dana pelaburan dengan kepelbagaian pendedahan merentasi pelbagai kelas aset, strategi, geografi dan sektor yang patuh syariah.
Sebagai Penasihat Kewangan Peribadi Berdaftar saya boleh membantu anda memberi pelbagai pilihan dana mengikut tahap toleransi risiko anda.
Pilihan pelaburan secara lumsump, secara berkala tetap, atau melalui simpanan KWSP.
Berikut beberapa pilihan kategori risiko dana pelaburan untuk dipertimbangkan:
- Konservatif
- Bertujuan untuk memberi pelabur kecairan dan pendapatan tetap, sambil mengekalkan kestabilan modal dengan melabur dalam instrumen pasaran wang yang patuh Syariah.
- Konservatif Ringan
- Bertujuan untuk meningkatkan nilai pelaburan Pemegang Unit dalam jangka masa sederhana dalam portfolio Sukuk di antara 3-10 tahun sambil memberikan pendapatan tetap.
- Sederhana
- Untuk meningkatkan nilai pelaburan pemegang Unit dalam jangka masa panjang menerusi gabungan pelbagai aset Malaysia dalam instrumen Syariah yang diluluskan sambil memberikan pendapatan yang konsisten.
- Agresif
- Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal yang konsisten dalam jangka masa sederhana hingga panjang.
.
.
.
.
Perancangan Pewarisan Harta Islam
Sebahagian kita mungkin mempersoalkan keperluan mengurus harta dan merancang pewarisan, kerana anggap ia tiada manfaat untuk mereka lagi setelah mati.
Inilah sikap tak bertanggupjawab terhadap harta dan waris yang ditinggalkan yang sepatutnya diubah bagi mengelakkan harta kita menjadi fitnah sesama waris, membebankan, memburukkan imej dan melemahkan ekonomi umat Islam.
Sebagai perunding pewarisan harta Islam saya boleh bantu anda membuat perancangan pewarisan secara custom-made mengikut hasrat setiap individu yang berbeza-beza seperti:
- Perancangan pentadbir pusaka sistematik. Elak kecelaruan, persepsi buruk, permusuhan, penyelewengan dan bertangguh dikalangan waris.
- Pentadbiran harta anak bawah umur dan yang istimewa.
- Pentadbiran hutang selepas meninggal dunia.
- Pentadbiran sara hidup tanggungan selepas meninggal dunia
- Pengamanahan, arahan, pengagihan dan pesanan terperinci hasrat / harapan / matlamat / impian yang ingin dilaksanakan dan diteruskan waris.
- Hibah harta seperti hartanah, kenderaan, simpanan, pelaburan, ASB, TH, akaun CDS, saham koperasi, emas, barang berharga, harta intelek dll.
- Pewarisan syarikat.
- Perancangan amal jariah berterusan.
- Perancangan manafaat harta dilegasi kepada waris hingga bergenerasi.
.
.
.
Jan02