Siapa yang belum ada pelan takaful perubatan, takaful penyakit kritikal, takaful hayat @ hibah takaful saya nasihatkan anda baca hingga habis.
Sebelum itu. Apa itu takaful secara ringkas.
Ada takaful am, takaful kakitangan syarikat dan takaful keluarga.
- Takaful am adalah seperti perlindungan untuk kenderaan, bangunan, perniagaan, perlancongan.
- Takaful kakitangan syarikat seperti perlindungan khas untuk kakitangan syarikat itu.
- Takaful keluarga adalah takaful untuk individu.
Yang saya nak fokuskan disini pelan takaful perubatan, takaful penyakit kritikal, takaful hayat @ hibah takaful, dibawah kategori takaful keluarga.
Takaful Keluarga
Takaful keluarga ini adalah salah satu instrumen kewangan yang kita boleh gunakan untuk membuat perancangan kewangan peribadi.
Ada banyak instrument kewangan. Kalau kita nak simpan duit, kita guna bank. Kalau nak melabur duit, kita boleh guna unit amanah, bursa saham, atau beli sesuatu yang boleh tingkatkan nilai duit kita seperti hartanah, emas, melabur dalam perniagaan dan sebagainya. Kalau nak lindung duit, kita daftar takaful. Kalau nak agihkan harta lepas kita meninggal nanti, guna syarikat perancangan pewarisan harta. Dan banyak lagi.
Perancangan kewangan adalah mengenai strategi yang tepat untuk membantu mencapai matlamat kewangan kita.
Tidak banyak orang yang menyedari betapa pentingnya strategi perancangan kewangan yang tepat.
Mereka biasanya terlambat dan terlepas banyak peluang yang akan memberi mereka kestabilan kewangan dan ketenangan fikiran pada usia keemasan mereka!
Ada juga yang tahu perlunya buat perancangan kewangan, tetapi tidak lakukan ikut strategi yang betul.
5 peringkat perancangan kewangan :
- Tahu dimana kedudukan kewangan kita sekarang.
- Apakah matlamat kewangan kita.
- Macam mana nak capai matlamat kewangan kita itu.
- Kenalpasti apa yang boleh menggagalkan matlamat kewangan kita.
- Akhir sekali, bagaimana kita nak harta kita dimanafaatkan ketika ditimpa musibah dan lepas kematian kita.
OPM atau DOL.
Others People Money atau Duit Orang Lain. Selalunya pakar kewangan didalam dan luar negara berkongsi penggunaan istilah ini dalam mencipta dan kekalkan kekayaan.
Takaful juga boleh dikatakan guna konsep ini. katakan Ali baru daftar takaful beberapa bulan, lepas itu kemalangan dan kos pembedahan RM30k. Dia hanya menyumbang RM200 sebulan didalam pelan kad perubatan takaful, tapi dia dapat manafaat dari duit orang lain untuk membayar kos pembedahan itu.
Saling bantu membantu.
Beza takaful dan insuran konvensional adalah kontraknya. Bukan hanya disebabkan ejen kata hanya pilih dana patuh syariah atau pelan insuran itu tak ada manafaat simpanan dan pelaburan, pelan insuran konvensional itu dah jadi patuh shariah.
Peserta takaful sebenarnya bersedekah Jariah antara mereka. Sumbangan bulanan takaful di buat dengan niat yang ikhlas dan hati yang redha bertujuan untuk berbakti atau membantu insan lain yang menyertai dan lebih memerlukan.
Jadi, takaful tidak menjalankan transaksi ‘Jual Beli ‘ tetapi berasaskan Tabarru’ antara peserta yang menyertai dan syarikat takaful bukan membeli risiko, tetapi hanya sebagai pengendali tabarru’ para peserta.
Bila mana tuntutan berlaku, tuntutan akan dikeluarkan dari Tabung Tabarru’ kepada peserta memerlukan. Ini bermakna, setiap peserta telah MENDERMA kepada peserta yang mendapat musibah tadi.
Suatu hari nanti kita juga akan mendapat musibah samaada sakit atau meninggal, sudah tentu kita dan waris kita juga akan mendapat manafaat yang sama.
Indah konsep Takaful ini. Konsep kebajikan masyarakat yang bersistematik. Kita seharusnya tak lepaskan peluang mendapat manafaat pahala kebajikan dengan sertai perlindungan takaful.
Kenapa perlu daftar takaful ketika PKP ini?
RISIKO TINGGI POSITIF COVID19
Whatsapp saya sekarang kalau kau berminat nak apply medical card berbaloi ni atau hibah takaful sebagai income replacement
Whatsapp saya sekarang kalau kau berminat nak apply medical card berbaloi ni atau hibah takaful sebagai income replacement
Whatsapp saya sekarang kalau kau berminat nak apply medical card berbaloi ni atau hibah takaful sebagai income replacement
Whatsapp saya sekarang kalau kau berminat nak apply medical card berbaloi ni atau hibah takaful sebagai income replacement