Assalamualaikum dan Hi semua.
Saya Mohd Syamsul, anak sulung dari 5 beradik, anak polis marin, jadi dari kecil tinggal dengan keluarga di berek polis di Pelabuhan Klang. Kini duduk rumah sendiri di Shah Alam.
Belajar di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara kemudian Sekolah Menengah Dato Hamzah Klang ambil aliran sains, berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Klang ambil jurusan kejuruteraan awam. Sambung belajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Kemudian sambung master dalam bidang pengurusan binaan di UiTM Shah Alam tetapi cuma bertahan satu semesta sahaja.
Pernah berkerja sebagai buruh kasar di kilang kayu, operator di kilang Ayamas, susun-susun barang di pasaraya Bullion ketika cuti semesta yang panjang, hanya untuk isi masa dan timba pengalaman. Tapi masih kena minta duit dengan mak.
Pernah buat latihan praktikal di syarikat kontraktor. Macam-macam syarikat ni buat. Ada buat projek kelas F, ada buat rumah sebagai pemaju, buat marketing jual barang telifon bimbit dan langganan internet. Dapatlah pengalaman masuk terder-tender klas F, pergi ke taman-taman perumahan jadi ejen unifi, jadi pening juga, buat praktikal bidang kejuruteran awam tapi kena promosi internet. Nasib baik sebelum mereka buat roadtour ke setiap kem tentera satu Malaysia untuk promosi barang telifon bimbit saya dah habis tempoh latihan praktikal.
Selepas tamat belajar ijazah sarjana muda, saya dapat bekerja sebagai testing engineer buat Pile Dinamic Testing (PDA Test) . Kena pergi construction projek merata tempat seluruh semenanjung untuk buat piling test. Selalu pergi 2 orang je, saya dan seorang technician. kadang-kadang pergi site jauh-jauh macam ke kedah ke, balik hari je. Yang bestnya masa tu tak ada google map lagi.. Memang mengharapkan signboard dan peta yang diberi orang di tapak. Bila ingat balik bawa kereta masa tu memang seram juga, pernah kemalangan di plaza tol jelapang, masa tu baru dapat lesen kereta, dah kena travel jauh-jauh. Banyak juga bangunan-bangunan yang pilingnya saya test dulu dah siap sekarang. Macam
Saya Mohd Syamsul, anak sulung dari 5 beradik, anak polis marin, jadi dari kecil tinggal di berek polis di Pelabuhan Klang. Kini tinggal di Shah Alam.