Archive
Kaedah bayaran pampasan Takaful Perlindungan Hayat
Takaful Perlindungan Hayat adalah kaedah paling mudah dan pantas untuk cipta aset tunai sebagai legasi selepas kita meninggal.
Daftar takaful perlindungan hayat, kalau tiada masalah BMI dan kesihatan, hari ini daftar, InsyaAllah sebelum masuk hari esok dah lulus dan inforce/ berkuatkuasa perlindungan takaful itu.
Kalau meninggal esoknya disebabkan kemalangan, boleh dah dapat pampasan kematian.
Kalau perlindungan kematian akibat kemalangan RM1 juta, dapat terus pampasan sejuta itu…
RM1 juta itu dapat kepada siapa?
Masa daftar takaful hayat dulu, kena pilih pampasan itu nak bagi secara hibah bersyarat atau secara wasi.
.
Penamaan Pampasan Secara Hibah Bersyarat.
Kalau pilih secara hibah bersyarat, letaklah nama siapa yang akan terima dan peratus bahagian yang akan diterima. Nak letak berapa ramai penerima hibah pun boleh.
Contoh, 50% nama isteri, 50% nama ibu. Jadi isteri dapat RM500k, ibu dapat RM500k.
Satu yang menarik kalau pilih pampasan takaful ini secara hibah, wang pampasan yang diterima adalah milik penuh penerima hibah.
Waris lain yang tak diletak namanya sebagai penerima hibah, tidak layak mendapat wang ini.
Ia juga kalis pemiutang / creditor proof.
Tak ada siapa boleh tuntut duit pampasan ini daripada penerima hibah itu, samaada orang yang ada hutang dengan simati ke, bank ke, LHDN ke. Ia milik penerima hibah itu. Terpulanglah dia nak buat apa dengan duit itu..
Pilih secara hibah ini sesuai kalau kita berniat nak hadiahkan tunai kepada sesiapa yang kita sayang lepas kita meninggal.
.
.
Penamaan Pampasan Secara Wasi.
Kalau pilih bayar pampasan secara wasi pula, penama yang kita letak itu bukanlah dapat duit pampasan itu semuanya. Penama itu adalah pemegang amanah yang kena uruskan duit pampasan itu masukkan ke dalam proses urus pusaka simati.
Contoh letak penama wasi takaful hayat keatas nama isteri. Isteri dapat pampasan duit RM1juta. Kemudian dia akan masukkan ke dalam proses urusan pusaka simati.
Dalam urusan pusaka simati akan senaraikan semua harta. Tolak hutang simati. Bakinya barulah diagih kepada waris simati ikut bahagian yang ditetapkan secara faraid..
.
.
.
Ada satu lagi pilihan kaedah bayaran pampasan kematian pelan takaful ini boleh diagihkan ialah Amanah Takaful.
Pemilik polisi boleh letak apa-apa arahan dan syarat termasuklah tujuan, cara bayaran, keadaan dan tempoh tertentu.
Seperti selesaikan segala hutang dan liabiliti pemilik polisi, menyara hidup anak-anak di bawah umur ataupun anak kelainan upaya (OKU), membiayai kos pendidikan dan perubatan mereka, juga untuk tujuan menjana pahala berterusan sepeti wakaf, sedekah dan amal jariah.
Pemegang Amanahlah yang akan mengurus tadbir keseluruhan wang pampasan polisi yang diterima.
Kaedah ini dapat memastikan hak sebagai pemilik polisi lebih terjamin, wang tersebut dapat digunakan untuk tujuan yang sepatutnya, bebas dari salahguna ahli keluarga, lebih teratur dan terkawal.
.
.
Untuk pampasan selain kematian akibat kemalangan, ada tempoh menunggu. Bergantung kepada jenis penyakit yang menyebabkan kematian itu..
Ada satu cerita yang pernah tular juga. Waris nak tuntut pampasan hibah takaful daripada isteri yang baru kematian suami. Dikata balu itu tak patut sebab makan sorang. Sebenarnya mereka yang tak patut kan. Siap nak rebut anak si balu itu lagi sebab takut tak terbela.
Mujur rumah memang atas nama si isteri. Kalau tidak, kena halaulah mereka anak-beranak dairpada rumah yang mereka duduk tu.
Disini kita boleh lihat potensi kekejaman yang boleh terjadi bila pengetahuan itu tak sampai kepada kita atau seseorang.
tak tahu pampasan hibah takaful itu tak perlu agih ikut faraid. waris faraid lain tak dapatsecara hibah itu tak perlu agih ikut antara hibah takaful, hibah takaful yang waris dapat cash, macam sama tapi ada yang kata berbeza. Ada yang kata hibah itu takafullah. Ada juga anggap dah buat hibah takaful, perancangan pewarisan harta dah lengkap.
Duit pampasan takaful hayat jadi rebutan ipar duai
Seorang kakak luahkan perasaan tak puas hati dengan bekas isteri adiknya berkenaan pampasan kematian yang diterima.
Boleh ke hartanah yang masih ada pembiayaan bank dihibahkan?
Masih ramai yang ragu-ragu. Ada yang menyalahkan yang ini tak betul. Sedangankan kita tahu kebanyakan orang miliki rumah yang masih dalam pembiayaan bank. Adakah kita redha yang rumah masih dalam pembiayaan tak boleh buat hibah langsung, perlu agih ikut faraid?
Bank Untung Ke Rugi Jika Pemilik Buat Hibah Rumahnya yang masih Bercagar Dengan Bank?
Ini adalah hujah yang biasa didengar. Tak boleh buat hibah untuk rumah yang masih dalam pembiayaan bank, sebab akan jejaskan kepentingan bank.
AIA Elite Pro/Elite/Lite Life Planner
Program AIA Elite Academy 2021
===========================
Semak Status Takaful TBE Exam
3 tempat.
Ibfim >> http://takafuleexam.com/tbe/studentviewdetails
MTA >> https://enroll.malaysiantakaful.com.my/result
MII >> Yang ambil tahun gajah secara manual tahun 2012 sebelum >> http://emii.insurance.com.my/eResultPermit/exam_tbe.aspx
Kenapa perlu buat perancangan pewarisan harta?
“Pandai-pandailah waris urus sendiri harta pusaka aku lepas aku meninggal nanti” Kata-kata antara mereka yang tak mahu buat perancangan pewarisan harta ketika hidup.
KITA SEBENARNYA MENINGGALKAN BEBAN KEPADA WARIS TANPA DISEDARI ! KASIHAN WARIS
Beberapa hari lepas seorang hamba Allah PM saya bertanya kenapa Wasiyyah Shoppe Berhad mengenakan fi RM 50 sebulan selama 15 tahun kepada pelanggan untuk menguruskan harta pusaka?





copyright 2014 - Duniasaya.net