Entri kali ini, untuk menerangkan bagaimana yang dikatakan membuat pelaburan unit amanah adalah seperti menabung bahkan ia lebih menguntungkan daripada menyimpannya seperti biasa didalam bank? Semua orang ada cash kan, tapi di mana anda simpan dan untuk apa savings tersebut? Long term atau short term? If long term, siapa yang berdisiplin menabung dan tak usik savings tersebut sila angkat tangan… hehe..
Berapa pulangan atau dividen tahunan savings anda tersebut? Siapa yang buat simpanan untuk education anak-anak, holiday, pergi haji, beli/renovate rumah, kawin, medical expenses, retirement, beli kereta dan sebagainya? Berapa tahun anda perlukan untuk mengumpul duit tersebut? Atau anda lebih suka short-cut which is buat loan? :P. Jangannnn….
Instead of bekerja keras untuk bayar hutang, mari kita bekerja keras menyimpan duit untuk tidak bayar hutang kan? 🙂 Hati pun tenang…..
Jumlah minimum permulaan untuk buat investment cash dalam unit trust adalah RM1,000. Saya percaya even budak kecil zaman sekarang ni pun dah ada simpanan banyak ni, dah boleh kumpul time raya kan? Hehe.. Apa lagi orang dewasa yang dah bekerja bertahun-tahun 😀
Jumlah minimum untuk menambahkan pelaburan secara bulanan pula atau mengikut suka hati (every 3 months ker, time market rendah jer ker) adalah RM100 sahaja! Potongan bulanan boleh dibuat secara automatic melalui bank simpanan Maybank atau Public Bank terus ke Public Mutual. Minimum RM100 ni pun saya percaya kita boleh simpan setiap bulan, sehari kena kumpul dlm RM3.30 jer kan?
Duit RM100 ni kalau ada dalam tangan and kita berada di shopping complex, dalam masa sejam jer dah boleh habis, betol tak? (^_~). Sy sendiri dulu boleh habis duit banyak ni bila masuk kedai buku ajer 😛 Btw, sekiranya membuat pelaburan bulanan ni dan anda tidak mempunyai duit pada bulan tersebut, Public Mutual tidak akan potong 2x pada bulan berikutnya. Potongan hanya dibuat sekiranya ada duit di dalam bank tersebut dan sekiranya tiada tidak menjejaskan pelaburan sedia ada. Tidak seperti insurans/takaful.
Kenapa bagus menabung cash dalam unit trust? Selain kerana pelaburan yang Islamik aka Shariah Compliant, sila rujuk kepada saya personally dan saya boleh tunjukkan bagaimana jika anda buat long term investment di dalam dana-dana tertentu, anda berpotensi mendapat pulangan 8-12% setahun berdasarkan prestasi tahun-tahun sebelum ini. Atau anda sendiri boleh merujuk Quarterly Fund Review Report di dalam website Public Mutual disini.
Apa yang penting adalah kita harus disiplin dan sabar untuk exit pelaburan bila-bila masa sahaja sekiranya pelaburan telah mencapai objektif, contohnya apabila average keuntungan at least 12% setahun. Semua tu boleh dipantau dimana kita akan peroleh penyata dua kali setiap tahun.
Jadual di bawah menunjukkan berapakah jumlah simpanan anda sepanjang tempoh melabur sekiranya anda menyimpan RM100 setiap bulan dan sekiranya pelaburan anda memberi pulangan 3%, 6%, 8% atau 12% setahun. Yang mana satu pilihan hati? Tepuk dada tanyalah Iman 🙂 Semakin lambat anda menunda untuk menyimpan, anda akan kerugian compounding interest berbanding mereka yang telah bermula hari ini. Mengapa? Saya akan terangkan dalam post akan datang……
Mac06