Membantu Meningkatkan Pulangan Simpanan Cara Santai
Ramai orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak tahu cara untuk mengembangkannya. Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.
APA ITU UNIT AMANAH
Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan didalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) keatas Dana Unit Amanah.
MENGAPA PERLU MELABUR DALAM UNIT AMANAH?
Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.
Potensi keuntungan pelaburan dalam unit amanah adalah daripada dua situasi, pertama dari kenaikan harga unit (pertumbuhan modal) dan kedua daripada dividen.
Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.
TABUNG UNIT AMANAH SEBAGAI PELABURAN MASA HADAPAN
Musuh utama duit simpanan anda ialah inflasi. Kenaikan kadar inflasi akan menyebabkan duit simpanan anda akan menurun nilai kuasa membelinya. Oleh yang demikian, jika kita tidak melakukan sesuatu untuk melawan inflasi, maka simpanan kita sebenarnya semakin merosot nilai kuasa membelinya.
Oleh yang demikian cara terbaik untuk melawan inflasi supaya pulangan pelaburan duit anda mampu mengatasi kadar inflasi pada setiap tahun ialah dengan melakukan pelaburan yang bijak, selamat dan sesuai dengan tahap kewangan anda.
MUDAH TUNAI / KECAIRAN
Unit-unit dalam dana boleh dibeli dan dijual dengan lebih mudah melalui syarikat pengurusan unit amanah, ejen unit amanah institusi dan orang-perseorangan yang menguruskan unit amanah. Di bawah garis panduan Tabung Unit Amanah, Syarikat Pengurusan Unit Amanah perlu membayar hasil pembelian-balik unit dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas menerima permintaan belian-balik.
PELABURAN YANG MUDAH
Ia menarik minat pelabur yang tiada masa untuk memantau prestasi pelaburan mereka dengan kerap; yang pada lazimnya, di setiap akhir suku tahun, pelabur unit amanah akan menerima satu laporan mengenai prestasi dana mereka dan juga tinjauan untuk tahun hadapan, yang menjadikan pelaburan lebih mudah.
Dua cara mudah untuk lakukan pelaburan jangka panjang anda:
- Tunai – Mengikut mod pembayaran; tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan. Anda boleh memilih untuk membayar dengan kemudahan auto-debit bank, cek atau bank draf.
- Pengeluaran KWSP akaun 1 – KWSP telah menetapkan simpanan asas yang diperlukan untuk seorang yang ingin melabur dengan mengikut peringkat umur masing-masing.
PERUNDING PELABURAN UNIT AMANAH ANDA
Saya adalah Perunding Pelaburan Unit Amanah PUBLIC MUTUAL yang sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat berkaitan matlamat simpanan jangka panjang untuk persediaan persaraan anda dan keluarga. Memberi perkhidmatan konsultasi percuma di sekitar Shah Alam dan bandar yang berhampiran dengannya.
Unit Trust Consultant : Syamsul
Num tel : 012-224 9895
Email : usahasul[@]gmail.com
Lokasi : Shah Alam