Back to top

Mar03

Rawatan kecemasan & kemalangan di hospital dan klinik

Pencerahan ilmu hari ini adalah mengenai rawatan kecemasan pesakit luar akibat kemalangan di hospital dan klinik. Ramai yang bertanya kepada saya adakah KAD PERUBATAN TAKAFUL ini boleh digunakan jika kemalangan tanpa memasuki wad. Jawapannya ialah ‘BOLEH‘.

 

Sesetengah mereka hanya memahami bahawa kad perubatan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan rawatan penyakit kronik sahaja. Ingin saya tegaskan bahawa kad perubatan ini tidak hanya tertakluk kepada penyakit kronik sahaja malah ia juga boleh digunakan untuk rawatan penyakit ringan seperti demam biasa, selsema, batuk dan kemalangan dari sekecil kemalangan dan sebesar rawatan kemalangan.

 

Kad perubatan ini boleh digunakan di klinik @ hospital bagi pesakit luar akibat kemalangan tanpa menunggu tempoh matang (24 jam dari tarikh polisi). Bagi urusan kemalangan, kita boleh mendapatkan manfaat kad perubatan ini tanpa masuk wad dan masuk wad.

 

TANPA MASUK WAD

Katakan anak kita terjatuh di dalam bilik air atau terjatuh ketika bermain basikal atau kita terluka ketika memotong sayur di dapur. Terdapat luka kecil atau anggota badan bengkak. Kita boleh pergi ke mana-mana klinik untuk mendapatkan rawatan. Kos rawatan perlu dibayar oleh kita terlebih dahulu dan dapatkan resit (dibelakang resit minta Doktor cop & tuliskan ringkasan sedikit rawatan yang diberikan). Kemudian claim kepada syarikat takaful bayaran dengan besertakan bil serta borang yang boleh didownload di laman web syarikat takaful. Untuk pelan kad perubatan, pesakit luar (tanpa wad) boleh membuat tuntutan bil dari RM2,000 – RM4,000 mengikut pelan dalam setiap kes kecederaan akibat kemalangan.

 

Berikut adalah had claim rawatan kemalangan pesakit luar (tanpa masuk wad).

 a-medik_brochure-005.0 (1)

 

MASUK WAD

Untuk kemasukan wad adalah seperti kemasukan wad penyakit lain. Patah, koma dan kecederaan serius kos rawatan akan ditanggung oleh syarikat Takaful. Had kos rawatan setahun adalah dari RM90,000 – RM190,000 setiap ahli keluarga bagi mereka yang mengambil pelan keluarga. Manakala kos rawatan seumur hidup ialah tiada had (no limit claim). Perlu diingat, kos rawatan saban hari akan meningkat. Jika pelan kita mempunyai had tertentu, dikhuatiri pelan ini tidak dapat menampung kos rawatan dan pesakit perlu membayarnya sendiri.

 

Pelan kad perubatan dari kami adalah pilihan yang memberikan anda kelebihan dari segi pelan seisi keluarga dan pelan tanpa had seumur hidup dengan kadar bayaran premium yang rendah.

 

Untuk kadar caruman tahunan dan detail manafaat kad perubatan yang lengkap, bersesuaian dengan keperluan anda, samaada untuk individu, individu dan pasangan, individu dan anak, individu dan pasangan serta anak, atau gabungan takaful hayat dan kad perubatan, boleh klik di bawah.
KIRA ANGGARAN PELAN PERLINDUNGAN ANDA
KLIK DISINI

in Perlindungan Takaful

Perancangan Perlindungan Takaful Anda

  • Pelan Takaful
  • Perancangan Pelan Penggantian Pendapatan
  • Perancangan Pelan Perubatan Takaful
  • Perancangan Pelan Untuk Anak
  • Perancangan Pelan Untuk Keluarga
  • Perancangan Pelan Untuk Bakal Pesara
  • Perancangan Pelan Untuk Pemilik Perniagaan
  • Informasi Tambahan
  • Perkembangan dalam industri Takaful
  • Aktiviti Pasukan Takaful Kami

Link Berkaitan

  • TAKAFUL
  • Info Insurans
  • Malaysian Takaful Association
  • Persatuan Insurans Hayat Malaysia
  • Financial Planning Association of Malaysia
  • Fatwa pengharaman Insurans

Browse Perlindungan Takaful

  • Rawatan kecemasan & kemalangan di hospital dan klinik
  • Rawatan di hospital terbaik percuma
  • Anggaran Kos Perubatan Di Malaysia
  • Hibah dan Wasi dalam pewarisan wang pampasan takaful
  • Takaful - Saling bantu-membantu
  • Kisah Janda Manager Kilang Yang ...
  • Adakah kakitangan kerajaan tak perlukan medikal kad?
  • Kisah pasangan romantis di kedai makan
  • Cerita Encik Fakrul dan Sakit Buah Pinggang
  • Kepentingan takaful perubatan

Featuring Top 10/16 of Perlindungan Takaful

>>> Mohd Syamsul

  • LocationLocation: Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • PhonePhone: +6(012) - 224 9895
  • EmailEmail: usahasul[@]gmail.com

IKIM

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas