Back to top

Mar25

Rasa seperti kehensemanku bertambah..

Hujung minggu lepas aku telah menggatal atau sesetengah orang kata mengada-ngada untuk sertai satu seminar hartanah yang diadakan di PKNS Bizpoint Seksyen 7 Shah Alam. Sangatlah jauh dari rumahku, kalau jalan kaki la. Seminar ini dianjurkan oleh blogger hartanah terkenal Abang Ensem.

 

Inilah peluang aku nak jumpa dan menuntut ilmu hitam Abang Ensem berkenaan hartanah secara bersemuka. Selalunya aku menuntut dengan beliau di alam maya je, memang tak feeling langsung kot, mungkin banyak mentera-mentera yang masih beliau tak kongsikan secara terbuka di blog keramatnya abangensem.com.

 

Nyatalah benar jangkaan aku, setelah melihat dengan mata sendiri keenseman Abang Ensem, rasa seperti telah dipukau, banyak kemushkilan dan keraguan aku dapat dikurangkan dengan semburan mentera-mentera keramat beliau. Yang hebatnya aku rasa kehenseman aku turut bertambah hahaha..

 

Abang Ensem mula beli hartanah pertamanya pada tahun 1998 iaitu rumah pertama beliau di Shah Alam dan rumah tu terbengkalai hahaha.. Lepas tu beliau mula berguru dengan Azizi Ali dan jadilah beliau seperti sekarang. Dramatik kan? Menitis air mata aku.

 

Topik utama yang dikupas didalam seminar ini adalah seperti panduan membeli hartanah subsale, tips mendapatkan rumah dibawah harga pasaran, teknik berunding dengan tuan rumah atau pun ejen dan perkara-perkara penting untuk mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan oleh pihak bank.

 

Ada seorang lagi penceramah jemputan yang tidak kurang hensemnya iaitu Encik Naharul Irwan daripada Hong leong Bank. Umur beliau 30 tahun tapi dah miliki banyak hartanah beb. Beliau kongsikan info berkaitan pinjaman perumahan seperti dokumen yang diperlukan dan bagaimana pinjaman pemohon dinilai oleh pihak bank.

 

Aku tahu korang nak aku tulis kat sini info-info yang menarik sepanjang dalam Seminar Hartanah Abang Ensem ni kan. Tapi banyak sangat la pula nak tulis. Nanti korang termuntah pula nak membacanya. Tak apa, Insya-Allah bila ada keizinan aku kongi sikit-sikit ye, supaya kehenseman atau kejelitaan korang pun bertambah juga.

 

Rasulullah saw bersabda: “Harta yang paling baik adalah lisan yang selalu berzikir, hati yang selalu bersyukur dan isteri solehah yang membantu seorang mukmin atas keimanannya.” (Hadits riwayat Tirmidzi)

Rasulullah saw juga pernah bersabda:“Empat hal yang membawa kebahagiaan iaitu : isteri solehah, tempat tinggal yang luas, tetangga yang soleh, dan kendaraan yang selesa. Dan empat hal yang mendatangkan penderitaan : tetangga yang buruk, isteri yang buruk, kendaraan yang buruk, dan tempat tinggal yang sempit.” (HR Ahmad).

 

Sampai disini saja kali ini. Segala kesempurnaan dan kemuliaan datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kelemahan aku hamba yang hina ini.

in Blog

Dapatkan Update Terkini!

Isi alamat emel anda disini, dapat saya update selalu nanti.

Blog Dunia Saya : kategori

  • Buku
  • Hartanah
  • Seminar
  • Unit amanah
  • Takaful
  • ASB
  • Cherite Bezs
  • I’m Life Planner
  • Jalan-jalan
  • Lagu Pilihan
  • Pelaburan Unit Amanah
  • Penyakit kritikal
  • Perlindungan Takaful
  • Riadah
  • Hartanah untuk dijual
  • Aktiviti
  • Surah pilihan
  • Tip Jualan Hari Ini

Waktu Solat Shah Alam dan sewaktu dengannya

Pelan Perubatan Mampu Milik

kad side

CLIK SAYA

PROJEK PERUMAHAN TERKINI

violet12A

INGIN MENJUAL RUMAH ANDA?

Cara jual rumah pantas

KLIK DISINI UNTUK KAMI BANTU MENJUAL RUMAH ANDA KEPADA SENARAI PEMBELI KAMI YANG BERMINAT

copyright 2014 - Duniasaya.net

HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US
designed by Syamz Maksimas