Disuatu hari minggu yang indah lagi ceria, saya berjalan-jalan keseorangan di sebuah kota raya. Begitu meriah sekali suasana di sebuah kompleks membeli-belah yang terkenal di kotaraya itu membuatkan ada seperti magnet yang menarik orang ramai berpusu-pusu ke situ termasuk la saya. Dengan tiada hala tuju dan tujuan, saya berlegar-legar menyelusuri celahan orang yang begitu ramai dan tiba-tiba saya dapati diri saya sudah berada di sebuah kedai buku.
Ok lah, penat la nak cerita macam atas ni, rasa macam buat karangan sekolah rendah je, cerita macam biasa je lah ye.
Dah nama pun termasuk kat kedai buku kan, memang tak tahu la nak tengok buku apa. Aku beli 2 buah buku masa tu, satu buku ni tajuk dia “Kanun Tanah Negara 1965” dah la tebal, sekarang aku fikir balik apesal la aku beli buku ni?.
Satu lagi buku tajuknya “Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta“. Sebab cover dia cantik aku ambil la tengok-tengok. Mula-mula saje je pegang sambil segan-segan nak tengok tajuk isi kandungan dia. Best jugak baca tajuk-tajuk dalam buku ni, lalu aku teringat kat seseorang yang jauh dimata tapi sentiasa dekat di hati hihi.. Aku pun beli la juga buku ni. Lepas tu dah bayar apa lgi belah la, nama pun beli belah tanpa hala tuju kan.
Malam tu aku balik kampung (Rumah mak bapak aku), jauh beb, dari rumah aku dalam 45 minit jugak la nak sampai, itu pun sebab aku bawa kereta macam bersiar-siar ambil angin dipetang hari, kalau bawa kereta sambil rasa macam nak terbuang air besar rasanya 20 minit dah sampai. Bila nak dekat sampai, ada bunyi sms kat henpon aku. Kebetulan ada lampu isyarat, dapat la aku curi baca sms sekejap. Tahu tak siapa yang sms? Orang yang aku teringat masa kat kedai buku siang tadi. Dah berapa lama aku tak bersms dengan dia, ingatkan no telepon dia dah hilang, puas juga aku cari dulu, rupanya aku lupa nama yang aku letak untuk dia dalam hanpon aku hihi.. Boleh bayangkan tak kegembiraan aku masa tu. Padahal sms tanya kabar je pun, tak kisah la, yang penting ingat juga dia kat aku kan.
Kat rumah mak bapak aku, dah tak ada apa nak buat, mak bapak aku pun dah boring nak borak dengan aku, aku pun baca la buku tu, bukan buku “Kanun Tanah Negara 1965” tu ok. Sambil-sambil tu sempat juga balas sms dengan orang yang buat aku beli buku ni.
Wei.. Aku tak nak tahu la cerita kau, aku nak tahu pasal buku tu je, buku tu cerita pasal apa? jangan cerita pasal buku “Kanun Tanah Negara 1965” tu pulak..
Ok bos, ok bos.. Saje je nak buat intro, terpanjang pula. Aku start cerita pasal buku “Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta” ni.
Baca tajuk pun kita dah tahu buku ni pasal pengurusan kewangan yang sepatutnya dititik-beratkan setiap pasangan dari sebelum nikah sampailah ke alam rumah tangga. Terdapat 4 fasa iaitu fasa permulaan, fasa persediaan sebelum kahwin, fasa kahwin dan fasa selepas berkahwin. Berikut aku keluarkan tajuk-tajuk disetiap fasa-fasa tadi:
FASA PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN
Kursus Kewangan untuk bakal pengantin, Cara mudah untuk mengumpul duit belanja kahwin, Bercerai sebelum berkahwin, Raja Sehari ataupun Raja Sepanjang Hayat, Belanja Kahwin yang boleh dielakkan, Jika semua orang buta, Belanja yang merugikan @ hangus, Kurangkan kos Perkahwinan / Belanja kahwin yang boleh dielakkan, Perkahwinan yang paling mewah dan kaya, Wang Hantaran Paling Ideal, Bilangan Jemputan Kahwin, Kad Kenduri Kesyukuran perkahwinan, Kad Kahwin Selepas Kahwin, Saiz Kad Kahwin, Kad Kahwin Maya, Kad Kahwin Bertol, Kad Kenduri Makan Percuma, Buat Duit/Pahala Dengan Kad Kahwin, Senarai Hadiah Barangan Yang Diperlukan, Perancang Perkahwinan dan Membina Peta Raja Sepanjang Hayat.
FASA KAHWIN
Perkahwinan ‘Pertama’ yang paling bahagia, Kalendar Perkahwinan, Majlis Merisik dan Pertunangan, Nikah tanpa kenduri (nikah gantung), Membiayai pernikahan dengan pinjaman, Gantikan hantaran dengan masa depan, Hantaran membuat hubungan mertua rapat, Majlis Perkahwinan di Hotel, Majlis Perkahwinan di Dewan Orang Ramai, Majlis Perkahwinan di rumah, Kenduri kahwin yang ringkas tetapi bahagia, Jemput Ustaz ataupun penceramah @ Raikan Tetamu Dengan Kejutan, Melangkah ke Alam Rumahtangga dengan Halal.
FASA SELEPAS KAHWIN
Kenduri yang membuatkan pengantin perempuan muflis, Bincang, bincang, bincang, Bulan Madu Import tidak menjaminkan kebahagiaan, Bulan madu gaya tempatan – Melangkah ke Alam Rumahtangan Dengan Selamat, 1 Akal 9 Nafsu, Ana-anai dalam rumahtangga – tambah sikit berkenaan estim diri, Ekonomi Teguh rumahtangga kukuh, Dasar Ekonomi Keluarga Selamat, Gunakan Sistem Sampul Surat, Mula dengan penuh ataupun setengah berisi, Kenapa Berjimat! tidak perlu membazir, Suami isteri bekerja, Kahwin Grand Bercerai Grand, Tahun pertama selepas kahwin, Ilmu yang mencuri dari dompet kita, Hiasan menegangkan lagi hubungan suami dan isteri, Apabila Jiranmu mengatakan kamu baik.
Buku ni bagi aku sangat bagus untuk dibaca. Siapa yang rasa nak kawin kena la baca. Tak semestinya yang dah bersedia, yang belum bersedia pun patutnya kena baca untuk membuka minda bagaimana perkahwinan yang dianjurkan dalam agama kita. Ibu-bapa yang ada anak yang akan berkahwin pun sepatutnya baca juga buku ni beb, diaorang la yang selalu rancang majlis kawin untuk anak diorang kan. Jadi perkara-perkara yang tak penting dapat dibuang dan perkara penting yang sepatutnya di titikberatkan dapat dilaksanakan.
Cinta adalah suatu yang suci dan maruah kita yang akan diterjemahkan dalam alam perkahwinan. Perkahwinan adalah ibadat, jika ia dimulakan dengan suatu yang buruk seperti bercouple yang mendekati zina, majlis perkahwinan yang membazir dan sebagainya maka ibadat tersebut menjadi kurang baik dan hasilnya akan beri kesan kepada keluarga yang dibina.
Buku ni lepas aku abis baca, aku bagi kat dia, sebab aku nak dia pun tahu pasal apa yang diceritakan dalam buku ni. Bila fikiran dah sama lebih mudah nak capai matlamat yang diharapkan kan. Itu pun kalau ada jodoh dengan dia la..
Beli buku ni beb, jadikan salah-satu koleksi dalam rak perpustakaan rumah korang.. Pergi kat mana-mana kedai buku tanya buku “Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta” ado? kalau malas giler nak pergi kedai buku, beli je online kat sini >> http://pts.com.my/buku/rancang-wang-sejak-jatuh-cinta/ tunggu je lah sampai kat rumah.
“Kalau kita SAYANGKAN seseorang tu, pastikan kita akan BERUSAHA supaya untuk SELAMATKAN seseorang itu dari azab api neraka dan mampu membawanya ke SYURGA” UIA
Segala kempurnaan dan kemuliaan datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan aku hamba yang hina ini.
in Buku
Jan20