Memiliki pelan perlindungan perubatan yang mencukupi telah menjadi satu keperluan dan bukan lagi satu kemewahan disebabkan kenaikkan harga dengan lebih ketara, termasuk kos rawatan perubatan akibat kenaikan kos kehidupan.
Kita semua boleh menggunakan satu pelan perubatan yang bukan sahaja menyediakan perlindungan untuk keadaan yang tidak dijangka tetapi juga membantu mengurangkan kesan inflasi harga.
Memperkenalkan pelan kad perubatan yang lengkap direka untuk membebaskan anda daripada kerisauan.
Perlindungan Sepanjang Hayat sehingga umur 100 tahun
- Pelan kad perubatan ini menyediakan anda perlindungan perubatan sehingga umur 100 tahun.
Peningkatan Had tahunan Keseluruhan
- Had Tahunan akan meningkat sebanyak 5% daripada Had Tahunan asal, setiap 2 tahun bermula dari tahun sijil ke tiga selama 20 tahunan sijil.
- Peningkatan Had tahunan Keseluruhan akan diberikan jika tiada tuntutan atau jika terdapat tuntutan kurang daripada RM5,000 untuk 2 tahun sijil sebelumnya.
- Jika jumlah tuntutan dalam 2 tahun sijil sebelumnya ialah RM5,000 dan lebih, Peningkatan Had Tahunan Keseluruhan akan kekal pada had terakhir yang diberikan kepada anda.
- Manafaat ini hanya untuk pelan kad perubatan dibawah pelan A-Life Link sahaja
Tiada Had Seumur Hidup
- Dengan ketiadaan Had Seumur Hidup, anda yakin bahawa keperluan penjagaan kesihatan anda dan/atau keluarga anda akan dijaga untuk sepanjang hayat.
Tiada caj ko-takaful
- Pelan kad perubatan ini membayar rawatan perubatan anda sepenuhnya tanpa mengenakan sebarang caj ko-takaful.
Kemasukkan Hospital Tanpa Gangguan dengan ‘Just Swipe”.
- Pelan kad perubatan ini memberikan anda kemudahan kemasukkan ke hospital tanpa gangguan di semua hospital panel.
- Kad perubatan akan diberikan kepada anda untuk memudahkan kemasukkan dan pelepasan hospital.
Perlindungan Pilihan untuk Seluruh Keluarga Anda.
- Anda boleh memilih untuk melindungi pasangan anda dan/atau anak-anak anda di bawah satu pelan.
- Perlindungan maksimum sehingga 4 orang anak dibenarkan untuk setiap Pelan Keluarga.
Program Rujukan Bantuan Kecemasan.
- Nikmati bantuan di seluruh dunia dengan menelifon talian perkhidmatan 24 jam kami di nombor 603-21665421 dengan panggilan caj balikan.
- Perkhidmatan Program Rujukan Bantuan Kecemasan termasuk:
Jadual Manfaat Pelan Kad Perubatan REGULAR
Apabila memperkatakan tentang pelan perlindungan perubatan, anda harus memikirkan juga tentang masa hadapan. Kos rawatan perubatan semakin meningkat dari tahun ke tahun, oleh kerana itu anda memerlukan jaminan bahawa anda mempunyai perlindungan yang sewajarnya untuk tahun-tahun mendatang.
Memperkenalkan Pelan BOOSTER, pelan yang menambah faedah-faedah bagi Pelan REGULAR dengan menawarkan Had Tahunan yang tinggi sehingga RM1.5 juta dengan Tiada Had Seumur Hidup, Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar dan Rawatan Kanser Pesakit Luar dan tambahan faedah seperti Peningkatan Bilik dan Penginapan, Rawatan Pesakit Luar Demam Denggi dan Rawatan Penghospitalan Luar Negeri di Singapura (untuk Pelan 500 sahaja).
Had Tahunan yang tinggi sehingga RM 1.5 juta dengan tiada Had Seumur Hidup
- Had Tahunan pelan Booster adalah 10 kali ganda daripada Had Tahunan pelan REGULAR, sehingga RM1.5 juta.
- Bagi Pelan 250 dan seterusnya, Had Tahunan anda adalah sehingga RM1.5 juta.
- Tiada Had Seumur Hidup.
Peningkatan Faedah Bilik dan Penginapan Hospital
- Faedah Bilik dan Penginapan Hospital anda akan meningkat sebanyak 20% dari Faedah sedia ada pada akhir setiap 2 Tahun Sijil selama 10 tahun.
- Penambahan faedah ini adalah dengan syarat tiada tuntutan dibuat bawah pelan kad perubatan dalam 2 Tahun sebelumnya.
Faedah Rawatan Dialisis Buah Pinggang dan Rawatan Kanser Pesakit Luar
- Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Rawatan Dialisis Buah Pinggang dan Rawatan Kanser Pesakit Luar, iaitu 2 kali ganda dari faedah yang sama dengan pelan regular.
- Dengan perlindungan tambahan, rawatan perubatan jangka panjang anda dan keluarga anda akan dijaga.
Rawatan Pesakit Luar Demam Denggi
- Jika anda didiagnosis dengan Demam Denggi dan menerima rawatan pesakit luar, pelan Boster akan membayar perbelanjaan Rawatan Rawatan Pesakit Luar Demam Denggi tersebut kepada anda.
Rawatan Penghospitalan Luar Negeri di Singapura
- Jika anda dimasukkan ke hospital atau menerima rawatan perubatan di Singapura, pelan BOOSTER akan membayar perbelanjaan sebenar anda yang layak, selepas mata wang ditukar ke Ringgit Malaysia bergantung kepada kadar pertukaran mata wang pada hari pelepasan dari hospital.
- Faedah ini akan dibayar dengan syarat kesemua tuntutan terdahulu di bawah pelan REGULAR telah melebihi Amaun Deduktibel.
- Faedah ini adalah untuk Pelan 500 sahaja.
Terdapat 6 jenis Pelan, iaitu Pelan 150 hingga Pelan 500 yang boleh dilampirkan bersama pelan REGULAR.
Jenis Pelan BOOSTER hendaklah sama dengan jenis Pelan REGULAR.
Jadual Manfaat Pelan BOOSTER
Nota:
- Amaun Deduktibel adalah bersamaan dengan jumlah Had Tahunan terdahulu dan peningkatan Had Tahunan. Apa-apa amaun tuntutan yang layak yang melebihi Amaun Deduktibel akan dibayar di bawah pelan BOOSTER. Deduktibel Amaun adalah untuk butiran 1 dan 3-19 seperti Jadual Faedah-Faedah.
- Had faedah dan bilangan hari (jika ada) bagi butiran di atas adalah dikongsi antara pelan BOOSTER dan pelan REGULAR.
- Agregat faedah yang akan dibayar di bawah butiran 1 dan 3 tidak boleh melebihi 120 hari setiap Tahun Sijil.
- AIA PUBLIC akan membayar balik perbelanjaan sebenar yang seterusnya (selepas ditukar matawang ke Ringgit Malaysia bergantung kepada kadar penukaran matawang pada hari perlepasan dari hospital) berlaku di dalam Tahun Sijil di bawah butiran 1 hingga 18 (kecuali butiran 16) di dalam Jadual Faedah-Faedah di atas tertakluk kepada had faedah tersebut, dengan syarat pengumpulan perbelanjaan yang layak dibayar di bawah pelan REGULAR dalam Tahun Sijil yang sama lebih dari Amaun Deduktibel yang berkenaan.
Bagaimana pelan BOOSTER ini berfungsi?
Pelan BOOSTER ini adalah rider tambahan yang dilampirkan pada pelan kad perubatan REGULAR. Jenis Pelan BOOSTER hendaklah sama dengan jenis Pelan yang dipilih untuk pelan kad perubatan REGULAR.
Pelan kad perubatan REGULAR adalah pelan perubatan utama yang memberi perlindungan dari Ringgit pertama tuntutan. Pelan BOOSTER pula berfungsi sebagai tambahan perlindungan perubatan yang meningkatkan faedah-faedah pelan kad perubatan REGULAR.
Dengan pakej pelan kad perubatan REGULAR dengan tambahan pelan BOOSTER bersama, ia menyediakan sebuah perlindungan perubatan komprehensif yang melindungi keperluan perubatan anda.
Contoh Jadual Faedah-Faedah bagi pakej kad perubatan REGULAR (A-Plus Med-i) dengan tambahan pakej BOOSTER (A-Plus MedBooster-i) untuk Pelan 200 adalah seperti di bawah:
Video Penerangan Pelan Tambahan Manafaat Kad Perubatan Booster
Pelan Kad Perubatan AIA Public Takaful terdapat pakej :
- Individu,
- Individu dengan pasangan,
- Individu dengan anak-anak (hingga 4 anak),
- Individu, pasangan dan anak-anak (hingga 4 anak).
Jika anda pilih pelan kad perubatan pakej no 4 seperti diatas, anda, pasangan dan setiap anak-anak anda sehingga 4 anak yang berusia 22 tahun ke bawah akan miliki kad perubatan masing-masing. Jika pilih pelan bilik 150 dengan had tahunan RM100,000. Bermakna 6 orang berjumlah RM600,000 setahun yang telah anda sediakan.
Pelan kad perubatan ini pula, ada dua pilihan. Boleh pilih yang STANDALONE atau boleh pilih yang RIDER.
Perbezaan pelan kad perubatan standalone dan rider:
Pelan Kad Perubatan Takaful Standalone.
- Nama pelan A-Life Med Regular
- Pelan takaful yang hanya sediakan manafaat Kad Perubatan semata-mata.
Pelan Kad Perubatan Takaful Rider
- Nama pelan A-Plus Med Regular dan ia dilampirkan dibawah pelan A-Life Link-i.
- Pelan takaful yang bukan hanya sediakan manafaat kad perubatan sahaja, malah boleh ditambah dengan rider manafaat-manafaat lain dan boleh diubah-suai ikut keperluan anda. Contoh, rider disability care, rider critical care, rider accident shield, rider waiver, rider haji, rider hospital income, dan banyak lagi.
- Info lanjut sila ke >> A-LifeLink-i Pelan Perlindungan Takaful Fleksibel
APAKAH CIRI-CIRI KAD PERUBATAN AIA PUBLIC TAKAFUL YANG ANDA MESTI KETAHUI?
SENARAI HOSPITAL PANEL
Sila download aplikasi “AIA LOCATOR” di Google Play atau App Store kedalam telifon pintar anda.
Kini anda tak perlu tercari-cari hospital apakah yang ada di sekitar malahan di luar kawasan kediaman anda (tempat yang anda tidak biasa). Dengan AIA Locator ini, segala senarai hospital dan klinik panel AIA kini dihujung jari sahaja.
Selain itu, kita juga boleh dapatkan maklumat seperti no tel hospital, alamat hospital, kadar bilik yang disediakan hospital tersebut dan pautan ke laman web hospital.
AIA Platinum Hospital Network.
Rangkaian Platinum Hospital ini adalah hospital yang jadi pilihan AIA yang memiliki tahap kualiti memuaskan, kos yang munasabah dan beri pengalaman yang baik kepada pelanggan. Di rangkaian hospital ini juga tidak perlu bayaran deposit kemasukkan hospital.
Bila dah ada aplikasi ini, senang. Nak masuk hospital, boleh hubungi hospital dulu tanya ada bilik kosong tak? Dah pasti ada kosong, lebih yakin kita nak kesana.. Lokasi juga tak perlu pening nak cari. Klik sahaja gambar kereta, ia akan bawa daripada tempat kita terus ke hospital yang dikehendaki.
NIKMATI KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN DI HOSPITAL PANEL DENGAN AIA
Pemilik kad perubatan AIA Public Takaful juga mendapat keutamaan dan bantuan rujukan yang disediakan AIA ketika menggunakan perkhidmatan di hospital panel.
PELUANG NIKMATI GANJARAN MEMILIH HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SERTAI PROGRAM KEAHLIAN AIA VITALITY
Biasanya, pelan perlindungan takaful hanya dilihat sebagai keperluan melindungi kewangan akibat peristiwa-peristiwa malang seperti penyakit atau kematian. Berbeza di AIA, sebelum semua itu mungkin berlaku, kami akan menyokong dan memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan kami supaya memilih amalkan gaya hidup yang lebih sihat!
Di AIA, kami mempunyai program keahlian unik yang dikenali sebagai AIA Vitality yang membantu anda lebih aktif bersama-sama mereka yang berfikiran seperti anda, dan beri ganjaran atas setiap usaha anda.
BAGAIMANA AIA VITALITY BERFUNGSI?
Untuk kadar caruman tahunan dan detail manafaat kad perubatan yang lengkap, bersesuaian dengan keperluan anda, boleh klik di bawah.
.
Suka post ni? Comment. Share.
Mei06