Miliki pelan kad perubatan atau orang selalu sebut medical card, telah menjadi satu keperluan yang sangat penting dalam perancangan kewangan setiap individu, samaada di usia muda, pertengahan dan setelah bersara nanti.
Boleh lihat sendiri buktinya, bila ke hospital kerajaan atau swasta setiap kategori umur ada disana. Bukan hanya golongan berusia sahajakan. Ada pernah terbaca ada pihak yang minta sumbangan untuk rawatan penyakit kronik di surat khabar dan FB, jika di hospital kerajaan percuma, kenapa mereka tak kesana sahaja kan.
Anda boleh mengetahui dengan lebih mendalam apabila menghayati perkongsian pengalaman daripada seorang guru ini dan juga seorang ibu yang telah kehilangan anak lelakinya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya, Cikgu Zaharah.
Saya dan Medical Card
Pada awal mengajar dulu gaji saya tak seberapa, namun saya masukkan anak-anak dalam takaful untuk pendidikan. Manakala saya pula menyertai takaful tapi untuk perubatan. Masa tu memang rasa agak sempit tapi bila memikirkan kepentingan untuk jangka masa panjang saya teruskan juga.
Apabila anak ke-3 saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, mata saya lebih terbuka. Waktu saya tanyakan doktor untuk membawanya ke hospital swasta, doktor bertanya berapa cover medical card anak saya. Bila saya kata 500k, doktor kata ok. Kalau setakat 150k tak perlulah.
Hospital swasta juga bersedia untuk memindahkan anak saya, cuma keadaannya yang kritikal pada waktu itu, menyebabkan saya kekalkan di HSA sebab di sana ada pakar hati yang terbaik.
Bila anak saya meninggal, walau baru 3 bulan menyertai medical card, agen uruskan untuk saya mendapat yang selayaknya.
Alhamdulillah wang tersebut dapat saya gunakan untuk badal haji, saya dan suami ke tanah suci untuk mengerjakan umrah, serta selebihnya untuk kebajikan arwah (semoga diterima Allah).
Selepas pemergian allahyarham, saya tukarkan insuran pendidikan 2 orang anak saya yang masih bersekolah kepada insuran perubatan. 5 hari lepas anak ke-4 saya kemalangan.
Terima kasih kepada yang prihatin membawanya menjalani rawatan di KK P. Nenas. Walau lukanya tidak parah, saya risau kerana pengalaman ngeri 5 tahun yang lalu.
Saya membawa anak saya ke Colombia Asia, untuk rawatan lanjut. Bukan saya tidak yakin dengan hospital kerajaan tapi sebagai seorang ibu saya ingin dia mendapatkan rawatan yang lebih teliti.
Doktor Rohana mencadangkan buat city scan di kepalanya..Hasilnya masih ada serpihan kaca pada kepalanya. Bayangkan, bukan murah dan mudah untuk menjalani rawatan tersebut, namun dengan adaya insurans perubatan, saya tak perlu mengeluarkan sesen pun. Wadnya juga sangat selesa.
Sewaktu di sana saya bertemu seorang rakan. Suaminya perlu buat pembedahan kecil. Kosnya 11k, kena bayar tunai sebab tiada insuran perubatan. Jika saya pun pasti terkedu, tapi kena buat juga sebab tak nak bertangguh untuk mengelakkan menjadi lebih teruk.
Saya bersyukur kerana menyedari perkara ini walau dikira agak lewat. Memang berbaloi membayar RM310 sebulan untuk 2 orang anak walau pada mulanya rasa perit nak budget perbelanjaan bulanan.
Nampaknya perbelanjaan untuk rawatan dan perubatan semakin meningkat setiap tahun. Saya tak dapat bayangkan untuk 10 tahun lagi. Semoga kita kekal sihat, inshaallah.. namun tak salah untuk menyediakan payung sebelum hujan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dan memahami tentang betapa penting kad perubatan bagi setiap orang. Dapatkan medical card anda dengan segera mengikut kemampuan anda sendiri.
Biasanya orang tak akan rasa betapa kad perubatan ini amat-amat membantu selagi tidak alami sendiri saat-saat rawatan segera diperlukan. Perkongsian pengalaman dari cikgu ini jelas menunjukkan malang tidak berbau dan sentiasalah bersedia untuk menghadapinya.
Jika dinilai dari mata kasar, kita mungkin melihat penyertaan takaful hanya sebagai keperluan untuk melindungi keluarga kita walhal tanpa disedari para peserta takaful adalah sebahagian daripada jutawan sedekah, yang insya-ALLAH akan diberi ganjaran yang setimpal oleh ALLAH SWT di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.😍😍
.
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Untuk dapatkan cadangan pelan kad perubatan takaful yang sesuai untuk anda boleh komen PM atau terus whatsapp saya.
InsyaAllah saya akan cuba beri cadangan pelan yang sesuai dengan keperluan dan bajet kewangan anda.
wasap.my/60122249895/PMkadPerubatan
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
.
.
Mohd Syamsul
Membantu rakyat Malaysia yang bijak untuk kemudahan rawatan terbaik di hospital swasta percuma..