Saban hari anda bertungkus-lumus melindungi dan menyara hidup mereka. Anda telah mengesat segala tangisan. Mencurahkan kasih sayang dan membelai jiwa dan raga mereka dalam susah dan senang. Meraikan setiap kejayaan tidak kira betapa kecil.
Keluarga bukan sahaja penting bagi anda, merekalah segala-galanya. Dan anda telah bekerja keras selama ini untuk membina asas yang kukuh demi kepentingan mereka.
Kini sambil anda merancang untuk masa depan mereka, timbul soalan yang mungkin tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran anda, “Siapa yang akan menjaga keperluan mereka apabila saya tiada kelak?”
Memperkenalkan A-Life Signature-i
Pelan Takaful berkaitan pelaburan yang dirangka untuk melindungi dan menjamin gaya hidup berkualiti mereka yang paling anda sayangi.
- Pilih tempoh perlindungan dan jumlah bayaran setiap bulan. Dengan faedah tambahan pilihan, anda juga dilindungi sekiranya menghidap penyakit kritikal.
- Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh kekal, keluarga anda akan menerima 100% dari jumlah dilindungi atau nilai akaun, yang mana lebih tinggi.
- Untuk kematian akibat kemalangan atau kematian ketika anda sedang menjalankan ibadah Haji atau Umrah, keluarga anda akan menerima 200% dari jumlah dilindungi atau nilai akaun, yang mana lebih tinggi.
- Untuk kematian didalam pengangkutan awam, keluarga anda akan menerima 300% dari jumlah dilindungi atau nilai akaun, yang mana lebih tinggi.
Sememangnya tiada apa yang boleh menggantikan orang tersayang yang pergi buat selama-lamanya, tetapi sekurang-kurangnya jumlah bayaran yang disediakan akan membolehkan pasangan dan anak-anak anda mengekalkan gaya hidup semasa dan berusaha mencapai impian dan cita-cita mereka.
Jangan biarkan perkara kecil mengganggu rancangan besar anda. Berikan jaminan masa depan yang terbaik buat keluarga anda.
Dengan A-Life Signature-i, anda mengukuhkan asas kewangan demi hari esok mereka.
Lihat faedah-faedah dengan lebih dekat
Untuk kadar caruman tahunan dan detail manafaat yang lengkap, bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga, boleh klik di bawah.
.
Suka post ni? Comment. Share.
Nov12