Adakah anda ada hartanah dan hendak buat perancangan supaya hartanah itu dapat diberikan kepada keluaga mengikut hasrat anda lepas meninggal dunia?
Assalamualaikum. Semoga baik-baik sihat dan ceria selalu hendaknya.
Adakah anda ada hartanah dan hendak buat perancangan supaya hartanah itu dapat diberikan kepada keluaga mengikut hasrat anda lepas meninggal dunia?
Ya, semestinya anda perlu buat dokumen HIBAH HARTANAH.
Jika ada yang masih belum tahu.
Semua harta kita lepas meninggal dunia akan jadi harta pusaka.
Bila tak buat hibah hartanah, harta kita akan diagihkan kepada semua waris kita.
Mereka akan tentukan sesama mereka sendiri nak muafakat atau pembahagian faraid.
Jika salah seorang waris tak setuju nak ikut pembahagian cara muafakat, perlu ikut pembahagian faraid.
Sepanjang saya terlibat dalam kerjaya perunding pewarisan harta ini, banyak juga jumpa kisah berkaitan harta pusaka yang sangat tak sedap didengar.
Betul lah..
Dulu-dulu, hal berkaitan harta pusaka ini sangat sensitif.
Tak mudah untuk dibincangkan, lagi-lagilah untuk dirancang ketika pemiliknya masih hidup.
Bila tak buat perancangan, waris bergaduh tak tahu kena agih ikut perundangan Islam.
Ada yang tak tahu pun hukum faraid itu apa. Makan hak orang lain sampai dah beranak-pinak dan bercucu.
Ada yang tak tahu pun harta tu kena buat proses turun milik ikut perundangan segera.
Sampai berlapis-lapis waris waris faraid jadinya. Sebab waris ada yang meninggal sebelum harta diuruskan.
Tak hairanlah kenapa berpuluh bilion nilai hartanah masih tak diurus.
Bila buat perancangan pula, hasrat pemilik harta untuk agihkan harta ikut kemahuannya tak tercapai pula sebab tersalah pengetahuan buat perancangan yang betul.
Ingatkan buat wasiat dah rasa harta itu akan diagih ikut hasrat kita ,waris tak akan bergaduh.
Rupanya pengagihan harta ikut wasiat yang dibuat terbatal.
Sebab, ikut perundangan Islam, wasiat adalah pembahagian harta kepada bukan waris.
Bila ada waris tak setuju, pembahagian ikut wasiat itu tak dipakai, kena ikut faraid.
Alhamdulillah.
Keadaan sekarang makin berubah kearah lebih baik.
Bidang ilmu pewarisan harta umat Islam semakin jelas dan perancangannya lebih mudah dilakukan dan lebih meyakinkan.
Kewujudan syarikat pemegang amanah Wasiyyah Shoppe Berhad mengambil tanggung-jawab menyediakan perancangan yang menyelesaikan masalah umat Islam ini.
Berita baik..
Norma baharu di Wasiyyah Shoppe Berhad, buat perancangan pewarisan harta pun boleh online!
NAK BUAT HIBAH HARTANAH HARI INI SANGAT MUDAH DI Wasiyyah Shoppe Bhd.
Segalanya di atas talian. Tak perlu bersemuka, jadi ZERO risiko Covid19.
Pemberi & penerima hibah boleh berada di mana-mana seluruh dunia tak perlu berkumpul dalam satu majlis. Sekali lagi ZERO risiko Covid19..
Pembayaran semuanya atas talian. Tak perlu hulurkan duit tunai. Pun ZERO risiko Covid19.
Jom rakyat Malaysia. Segala2nya kini mudah untuk merancang harta. Jangan bertangguh lagi.
Kenapa perlu buat hibah online bersama Wasiyyah Shoppe Berhad?
- Memudahkan pemilik harta untuk merancang harta
- Hanya #stayathome sahaja untuk membuat hibah ini.
- ADA DISKAUN SEMPENA PKPB.


Tawaran diskaun ini hanya dilanjutkan hingga 31 Mei 2020 ini.
SYARAT-SYARATNYA
Perlu ada 2 orang yang nak buat dokumen hibah hartanah bersama anda.
Tapi tak apa saya boleh tolong ejaskan untuk anda pasal ini. InsyaALLAH..
Boleh hubungi saya jika nak tahu lebih lanjut tawaran ini ye.
Mohd Syamsul
in Blog
May01